Teka-teki lawak boleh kita jadikan permainan ketika bersama-sama keluarga atau kawan. Bermain teka teki ini salah satu cara untuk menghilangkan penat selepas aktiviti seharian.
Bermain teka teki lawak akan membuat kita terhibur. Lebih-lebih lagi ketika berkumpul bersama orang-orang yang rapat dengan kita. Selain dapat mengeratkan hubungan, cara ini juga dapat menghilangkan kebosanan.
Berikut merupakan beberapa teka-teki lawak dan menghiburkan yang dikumpul dari pelbagai sumber.
Teka Teki Lawak

1. Kalau tumit bertemu tumit apa yang mereka cakap?
Jawapan: Nice to meet you.
2. Dalam banyak-banyak kek, kek apa yang dalam air?
Jawapan: Ikan kek kek mak iloi iloi.
3. Kenapa keyboard selalu rimas?
Jawapan: Sebab dia hanya ada satu space.
4. Beruk apa yang berwarna hijau?
Jawapan: Brokoli.
5. Kenapa keyboard selalu penat?
Jawapan: Sebab dia ada dua shift.
6. Dalam keyboard tu, keyboard apa yang paling sweet?
Jawapan: Enter (kerana ente sama ana ditakdirkan bersama).
6. Ikan apa yang pandai masak?
Jawapan: Shark sebab dia pandai mashark.
8. Sayur apa boleh lari?
Jawapan: Sayur-sayuran.
9. Buah apa boleh berkawad?
Jawapan: Buah kiwi, kiwi kanan kiwi.
10. Kenapa biri-biri jalan slow?
Jawapan: Kalau jalan laju, dia jadi buru-buru.
11. Kenapa kita tak boleh bagi straw kat penyu?
Jawapan: Sebab nanti dia turtle-an (tertelan).
12. Kata lawan bagi Makanan?
Jawapan: Makiri.
13. Sayur cakap apa waktu tinggal kawan dia?
Jawapan: Sayurnara.
14. Haiwan apa pandai taekwondo?
Jawapan: Zebra sebab dia ada banyak black belt.
15. Kacang lepas balik kerja, dia cakap apa?
Jawapan: Peanut.
16. Dalam bnyak-banyak benda, benda apa yang paling jujur?
Jawapan: Lampu sebab bila buka dia terus terang.
17. Baju apa yang selalu konfius?
Jawapan: Baju kemeja sebab dia "baju ke meja?".
18. Banyak-banyak hero, hero apa yang boleh tersekat?
Jawapan: IronMan sebab dia Tony Stuck.
19. Dalam banyak-banyak me, me apa yang sederhana? tak kasar tak halus?
Jawapan: Medium.
20. Banyak-banyak sayur, sayur apa yang minta maaf?
Jawapan: Sawi, I'am sawi.
Teka Teki Bodoh
21. Ikan apa yang sekejap berenang sekejap berhenti?
Jawapan: Ikan pause.
22. Dalam banyak-banyak pintu. Pintu apa yang 10 orang pun tak boleh tolak?
Jawapan: Pintu yang ada tulis tarik.
23. Ada 3 orang kongsi satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
24. Macammana nak tahu bahagian depan atau bahagian belakang sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.
25. Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: Salah.
26. Apa dia, kalau hitam ianya bersih, kalau putih ianya kotor?
Jawapan: Papan hitam.
27. Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tidak ada enjin.
Jawapan: Motorola.
28. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah disiram ia akan mati?
Jawapan: Bunga api.
29. Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang mengembek selain kambing?
Jawapan: Sepupu kambing.
30. Banyak-banyak ikan, ikan apa pakai deodorant?
Jawapan: Ikan duyung (ada ketiak).
31. Tembak merata tapi kena kat hidung.
Apakah dia?
Jawapan: Kentut.
32. Pak Aji kalau terkejut jadi apa?
Jawapan: G-Shock.
33. Kenapa ikan tak boleh tidur?
Jawapan: Katil dia basah.
34. Saya ada 3 kepala 4 tangan 5 kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Penipu.
35. Ada tangan, ada kaki, ada leher, ada badan, tapi tak ada kepala, apa dia?
Jawapan: Baju.
36. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling bernafsu?
Ikan stim.
37. Banyak-banyak buah, buah apa yang ada lima U dalam ejaan dia?
Jawapan: Limau.
38. Kopi apa yang pahit?
Jawapan: Kopinjam duit aku tak bayar-bayar.
39. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu. Sebab dia pijak-pijak kepala orang.
40. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa tidak boleh terbang?
Jawapan: Semua kucing tak boleh terbang.
41. Lee Chong Wei kalau dia jatuh, dia cakap apa?
Jawapan: Leecin wei.