Cara Check Signal Telco Paling Laju Di Kawasan Anda

cara check signal telco

Pernahkah anda tertanya-tanya apa signal telco di kawasan anda yang paling pantas? Soalan ini selalunya timbul apabila kita perlu melakukan sesuatu dengan menggunakan internet tetapi line atau signal perlahan seperti siput.

Jadi ada pentingnya untuk mengetahui coverage telco mana lebih cepat di kawasan anda seperti celcom, maxis, umobile, unifi mobile, digi atau lain-lain.

Dalam era digital ini, banyak benda kita boleh buat dengan mudah. Kita tidak perlu lagi bertanya rakan-rakan yang menggunakan syarikat telekomunikasi yang berbeza atau mengunjungi kedai kad SIM satu persatu untuk menentukan signal telco yang terbaik di kawasan kediaman kita.

Cara Check Coverage Telco

Untuk check coverage telco yang paling laju, mula-mula pasang aplikasi OpenSignal pada telefon pintar anda (Android Playstore atau iOS Appstore). Selepas memuat turun, buka aplikasi, dan akan keluar seperti paparan di bawah ini.

check signal telco

Kemudian, pada menu bawah di tengah, pilih bahagian liputan atau simbol lokasi untuk melihat peta lokasi anda.

Jika peta yang ditunjukkan memang betul di kawasan anda, klik pada View Network Stats untuk aplikasi mula check coverage telco mana yang paling laju di kawasan anda. Setelah selesai, hasil kajian akan ditunjukkan seperti di bawah ini.

check coverage telco

Kesimpulannya, itulah cara yang paling mudah untuk mengetahui telco apa yang paling pantas dan laju untuk digunakan di kawasan anda. Jadi anda bolehlah cuba untuk bertukar ke telco yang lebih laju kalau kelajuan telco anda yang sekarang kurang memuaskan. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.
Terbaru Lebih lama