10 Maksud Mimpi Kemalangan Atau Excident

Pernahkah anda bermimpi tentang kemalangan atau pun mimpi mengalami kemalangan? Mimpi mengalami kemalangan boleh menjadi satu keadaan yang menakutkan.

Tidak ramai yang tahu, mimpi kemalangan ternyata melambangkan ketakutan terbesar yang anda pendam dalam hidup anda. Mimpi ini juga boleh memberi tafsiran bahawa anda sedang mengalami tekanan tentang perjalanan yang menanti.

Jadi, adakah semua mimpi adalah petanda buruk untuk kehidupan ini? Tidak semestinya mimpi kemalangan adalah petanda buruk bagi kita. Terdapat beberapa mimpi kemalangan yang boleh menjadi petanda baik untuk kita.

Mimpi Kemalangan

mimpi kemalangan

Untuk membantu anda untuk menghilangkan rasa tertanya-tanya tentang maksud mimpi kemalangan, berikut saya kongsikan kepada anda beberapa maksud mimpi mengalami kemalangan ini.

1. Mimpi Ditimpa Kemalangan

Jika anda bermimpi terlibat dalam kemalangan, itu adalah tanda bahawa anda sedang menahan rasa bersalah. Anda berasa bersalah tentang masa lalu yang masih menghantui anda hari ini. Secara tidak sedar mimpi itu melambangkan ketakutan memandu di lebuh raya.

2. Mimpi Kemalangan Kereta

Kemalangan kereta dalam mimpi paling kerap berlaku. Mimpi ini dikatakan merupakan petanda anda akan menghadapi masalah dalam hubungan cinta. Ia boleh berlaku kepada anda atau orang di sekeliling anda.

3. Mimpi Dilanggar Motor

Mimpi dilanggar motor adalah amaran kepada alam bawah sedar anda. Mimpi ini menandakan bahawa anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan yang anda buat.

4. Mimpi Kapal Terbang Terhempas

Jika anda bermimpi kemalangan kapal terbang, ia boleh dikaitkan dengan kegagalan cita-cita anda. Maksud mimpi ini sama seperti anda bermimpi dipatuk ular.

Namun, mimpi ini sebenarnya menandakan anda lebih kuat dan tidak mudah putus asa dalam usaha untuk merealisasikannya.

5. Mimpi Kemalangan Bas

Bermimpi mengalami kemalangan bas adalah petanda bahawa keadaan kewangan anda dalam krisis. Boleh dikatakan anda akan mengalami penurunan pendapatan pendapatan daripada biasa.

6. Mimpi Ahli Keluarga Ditimpa Kemalangan

Mimpi ini melambangkan amaran kepada anda, orang di sekeliling anda mempunyai niat buruk terhadap anda. Mimpi itu seharusnya membuatkan anda lebih berhati-hati dan waspada terhadap orang sekeliling.

7. Mimpi Merempuh Pokok

Mimpi melanggar pokok boleh menunjukkan bahawa anda menghadapi masalah yang agak sukar.


8. Mimpi Kemalangan Di Tengah Laut

Bukan sahaja mimpi kemalangan mempunyai makna yang tidak baik. Jika anda bermimpi mengalami kemalangan di tengah laut, maka anda bertuah. Maksud mimpi ini adalah anda akan segera menemui pasangan.

9. Mimpi Rakan Kemalangan Motosikal

Maksud mimpi itu adalah tanda bahawa rakan atau orang terdekat anda memerlukan bantuan. Mimpi itu secara tidak langsung memberi mesej, rakan anda cuba memberitahu tetapi, anda tidak mengetahuinya.

10. Mimpi Membantu Mangsa Kemalangan

Mimpi membantu mangsa kemalangan menandakan anda seorang yang baik, sedia membantu. Mimpi ini adalah petanda yang baik kerana anda boleh membuat keputusan yang betul, walaupun dalam situasi yang rumit.


Jadi, itulah antara maksud mimpi kemalangan, tetapi perlu diingat bahawa ini hanyalah perkongsian dan bukan kepercayaan 100%. Terima kasih.
Terbaru Lebih lama