Koleksi Ayat Pickupline Melayu Paling Sweet

Ayat pickupline memang menjadi salah satu trend terutamanya dalam kalangan remaja atau yang sedang bercouple.

Pelbagai pickupline melayu, pickupline lawak, dan lain-lain yang wujud, hasil daripada kreativiti orang untuk mendapatkan ayat yang betul-betul hebat untuk digunakan bagi mengorat, atau kenakan orang lain.

Jadi sekiranya, anda sedang mencari pickupline yang paling power untuk anda gunakan, tidak kira untuk mengorat awek atau kenakan kawan, dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa koleksi pickupline yang terbaik.


Pickupline Melayu

pickupline melayu sweet

A:    Awak saya nak jam
B:    Jam apa awak?
A:    Jambatan ke hati awak lah

A:    Apa beza awak dengan mahkota?
B:    Apa?
A:    Mahkota bertakhta di kepala, awak bertakhta di hati saya.

A:    Awak suka i phone tak?
B:    Suka, kenapa?
A:    I phone suka you.

A:    Alamak!!! Habisss…hilang… ini mesti Awak yang ambikkan?
B:    Ambik apa?
A:    Awak dah ambik hati sayaa!

A:    Awak ni kan, nak tau tak apa beza awak dengan banduan?
B:    Tak, apa?
A:    Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya.

A:    Tak nak!
B:    Tak nak apa?
A:    Tak nak kehilangan awak.

A:    Kalau saya jadi tiang, awak jadi bendera, boleh?
B:    Kenapa?
A:    Supaya awak boleh berkibar-kibar di hati saya.

A:    Apa beza kamu dengan toyol?
B:    Tak tahu, apa?
A:    Toyol curi duit, tetapi kamu curi hatiku.

A:    Awak tak penat ke?
B:    Tak la…Kenapa?
A:    Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya.

A:    Awak anak pertama kan?
B:    Tak lah.
A:    Ohh tapi awak orang pertama di hati saya.

A:    Kenapa air sangat penting dalam hidup kita?
B:    Sebab air kan untuk diminum, dan memang banyak kepentingannya.
A:    Hmm samalah macam awak, sangat penting untuk saya.

A:    Boleh tak saya nak ambik gambar awak?
B:    Nak buat apa…
A:    Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga memang wujud.

A:    Awak nak tau tak apa beza kepala paip masjid dengan awak?
B:    Tak… kenapa?
A:    Kalau kepala paip masjid saya nak amik wuduk, kalau awak saya nak batalkan wuduk.

A:    Tahu tak apa beza awak dengan bulan?
B :    Apa?
A :    Kalau bulan bercahaya kat bumi, awak bercahaya kat hati saya.

A:    Pilih yang kiri atau yang kanan? (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
B:    Hmm… kanan.
A:    Kenapa tak pilih dua-dua saja, ini juga milik kamu kan (sambil tunjukkan tangan belah kiri)

A:    Saya takut..
B:    Takut apa?
A:    Takut kehilangan kamu!

A:    Apa beza awak dengan HABUK?
B:    Tak tahu. Apa dia?
A:    Habuk melekat di mata saya tapi awak melekat di hati saya.

A:    Apa beza awak dengan cicak?
B:    Apa?
A:    Cicak melekat di dinding, awak melekat di hati saya.

A:    Awak kenal Doraemon tak?
B:    Kenal, kenapa?
A:    Dia boleh keluarkan apa sahaja barang kan. Tapi ada satu sahaja yang dia tak boleh keularkan.
B:    Apa dia?
A:    Keluarkan awak dari hati saya.

A:    Nama awak airil ye?
B:    Tak lah, Kenapa?
A:    Sebab i rilly rilly love you.

Pickupline Sweet

pickupline sweet

A:    Tahu tak apa beza peti ais dengan awak?
B:    Apa?
A:    Peti ais sejukkan air, tapi awak sejukkan hati saya.

A:    Tahu tak, apa beza awak dengan permata?
B:    Apa?
A:    Permata bernilai untuk orang lain, tetapi awak sangat bernilai untuk saya.

A:    Kalau awak tutup mata awak nampak apa?
B:    Gelaplah!
A:    Haa..Macam tu lah hidup saya tanpa awak.

A:    Awak ni macam orang susah lah?
B:    Kenapa ?
A:    Susah untuk dilupakan.

A:    Awak dah ada Mykad kan?
B:    Dah. Kenapa?
A:    Bila lagi kita nak buat MyKid?

A:    Saya betul-betul tak sangka! Sangat-sangat tak sangka!
B:    Eh tak sangka apa pulak ni?
A:    Saya betul-betul tak sangka awak secantik ni!!! (sambil renung tepat ke wajahnya)

A:    Awak tahu tak kenapa air laut masin?
B:    Kenapa?
A:    Sebab manisnya ada pada awak.

A:    You ni orang Klang ke?
B:    Kenapa?
A:    Sebab hati I Klang kabut bila pandang you.

A:    Patutlah ramai orang tak suka kat tempat ni.
B:    Eh kenapa pula tak suka?
A:    Sebabnya kat sini tiada sebarang perempuan lain yang boleh setanding dengan kecantikan awak.

A:    Saya rasa, dah sampai masa la untuk awak tukar kerja.
B:    Tapi, nak kerja apa lepas ni?
A:    Tiba masa untuk awak tukar kerja jadi suri rumah tangga kita.

A:    Saya teringin sangat nak jadi ketua.
B:    Wah, ketua apa ya?
A:    Saya nak jadi ketua keluarga kita.

A:    Esok saya nak pergi jauh…. saya dah nekad! Saya nak pergi juga ke sana.
B:    Awak nak pergi mana?
A:    Saya nak pergi jauhhhh ke dalam dasar hati awak dan tak nak keluar lagi sampai bila-bila.

A:    Awak ada bank tak?
B:    Ada, kenapa?
A:    Supaya saya senang bank in hati saya ke awak.

A:    Apa beza awak dengan longkang?
B:    Longkang?
A:    Longkang mengalirkan air tapi awak mengalir ke dalam hati saya.


Itulah koleksi pickupline melayu dan pickupline sweet yang anda boleh cuba untuk guna. Terima kasih.

Terbaru Lebih lama