Senarai Ucapan Selamat Pengantin Baru Sakinah, Mawaddah

Perkahwinan adalah satu peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang.

Ia merupakan suatu tanda bahawa dua individu memutuskan untuk menyatukan diri mereka secara sah dan mendedikasikan hidup mereka untuk satu sama lain.

Apabila seseorang itu berkahwin, orang lain akan mengucapkan selamat atas peristiwa bahagia tersebut.

Ucapan selamat pengantin baru yang baik akan memberikan sentuhan emosi yang lebih baik pada majlis perkahwinan itu.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa ucapan selamat pengantin baru yang boleh digunakan untuk memberikan sentuhan emosi pada hari perkahwinan.

Ucapan Pengantin Baru

ucapan pengantin baru

Berikut merupakan senarai ucapan pengantin baru yang boleh anda gunakan untuk memberi ucapan perkahwinan kepada sahabat atau keluarga yang menjalankan majlis perkahwinan.

1. Ucapan Pengantin Baru Simple

ucapan pengantin baru simple

Ucapan selamat pengantin baru yang sederhana adalah antara jenis ucapan yang biasa digunakan pada hari perkahwinan.

Ucapan ini sesuai untuk mereka yang ingin memberi ucapan selamat tanpa perlu menggunakan ayat yang rumit.

Beberapa contoh ucapan selamat pengantin baru yang sederhana termasuklah:
  • Tahniah! Selamat Pengantin Baru.
  • Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dengan kehidupan baru.
  • Semoga rumahtangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!
  • Tahniah, semoga menjadi pasangan yang berkekalan sehingga anak cucu.
  • Semoga perkahwinan kalian sehingga ke jannah.

2. Ucapan Selamat Pengantin Baru Yang Penuh Makna

ucapan perkahwinan

Ucapan selamat pengantin baru yang penuh makna adalah sesuai untuk mereka yang ingin memberikan sentuhan emosi yang lebih pada majlis perkahwinan itu.

Beberapa contoh ucapan selamat pengantin baru yang penuh makna termasuklah:
  • Selamat memulakan kehidupan baru bersama. Semoga segera diberikan zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
  • Selamat menempuh hidup baru. Semoga ikatan pernikahan ini menjadikan kalian keluarga yang selalu dalam lindungan tuhan, dilimpahkan dengan kebahagiaan dan kenikmatan. 
  • Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan dan cinta yang kalian rasai pada hari ini sentiasa kekal di dalam hubungan kalian.
  • Selamat Pengantin Baru. Tahniah buat raja sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami soleh dan isteri solehah. Moga lekas menimang cahaya mata. Amin.
  • Selamat Pengantin Baru! Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan kalian dan menjadikan kalian berdua satu keluarga yang bahagia dan sejahtera.
  • Ucapan selamat pengantin baru daripada kami. Semoga cinta kalian sentiasa berkembang dan bertambah dari hari ke hari.
  • Selamat Pengantin Baru! Semoga hidup kalian sentiasa diberkati oleh Allah SWT dan dipenuhi dengan kebahagiaan, kejayaan dan kasih sayang.
  • Selamat menempuh hidup baru. Cinta di antara kedua insan merupakan kejadian yang terbaik. Cinta sebagai bahagian terindah yang mampu menjadikan iman seseorang menuju jalan yang lebih baik.

3. Ucapan Selamat Pengantin Baru Sakinah, Mawaddah

ucapan selamat pengantin baru sakinah, mawaddah

Berikut adalah ucapan selamat pengantin baru sakinah, mawaddah yang amat sesuai digunakan untuk mendoakan kebahagiaan dan keberkatan kepada pasangan pengantin baru:
  • Semoga Allah menjadikan perkahwinan kalian yang berkah dan dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah.
  • Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin.
  • Tahniah! Dengan sepenuh hati yang iklas, aku berdoa agar keluarga kecil baru kalian ini akan selalu dalam keadaan bahagia dan penuh rukun. Semoga menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warrohmah.
  • Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat – Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah dengan Ali.
  • Semoga kalian dapat mencipta syurga di dunia sebelum mana syurga di akhirat. Jalani perkahwinan ini dengan sabar, jalannya Al-Quran, dan redhanya dari Allah.
  • Alhamdulillah. Syukur segalanya telah berlangsung dengan baik. Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke Jannahtul Firdaus. InsyaAllah, dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian dengan ikatan suci ini.

Kesimpulannya, itulah senarai ucapan pengantin baru yang boleh anda gunakan melalui SMS, WhatsApp, atau melalui kad ucapan pengantin baru. Sekian.
Terbaru Lebih lama