Koleksi Ucapan Salam Jumaat Penuh Barakah

Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Selain menjadi hari yang paling utama dalam seminggu, jumaat juga menjadi hari yang penuh dengan berbagai keberkahan dan keistimewaan.

Di hari jumaat, Allah SWT memperbanyak rahmat dan ampunan-Nya serta memperkenankan doa dan permohonan hamba-Nya.

Sebagai umat Islam yang beriman, sudah sepatutnya kita menyambut hari jumaat dengan penuh suka cita dan berbagai ucapan salam yang penuh makna.

ucapan salam jumaat

Berikut ini adalah beberapa koleksi ucapan salam jumaat yang penuh barakah yang boleh kita sampaikan kepada keluarga, kawan, atau siapa pun yang kita temui di hari jumaat.

Ucapan Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam Jumaat yang barakah. Ubah apa yang kita pilih untuk lakukan pada setiap hari. Nescaya hidup kita akan berubah pada suatu hari nanti.
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita semua hari ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi. "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat. Maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat pada hari Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu yang sedemikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya."
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Salam Jumaat yang penuh barakah. Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Allah memberikan segala kemudahan untuk segala hal yang kita lakukan demi sebuah kebaikan.
Salam Jumaat. Marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafaat dan keberkatan daripadaNya.
Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, aku bermohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kepada kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Dunia ini cuma persinggahan. Akhirat jualah yang kekal abadi. Maka kejarlah dan perbanyakkanlah bekalan di akhirat sana. Semoga hidup kita diberkati.
Salam Jumaat Yang Barakah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Salam Jumaat yang barakah dan terindah ya Allah aku mohon kepada mu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal ibadah yang diterima.
Di hari Jumaat terdapat suatu waktu di mana jika ada seorang hamba yang memanjatkan doa kepada Allah bertetapan dengan waktu tersebut, Allah akan memberi apa yang dia minta. Waktu itu adalah waktu ASAR.

Ucapan salam Jumaat yang penuh barakah ini boleh menjadi saluran untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita sebagai umat Islam.

Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Terbaru Lebih lama