No Plat Terkini JPJ 2024 Dan Cara Semakan

no plat terkini

Bagi yang tidak tahu, anda boleh membuat semakan nombor plat terkini di Malaysia dengan menggunakan sistem semakan nombor pendaftaran JPJ, yang boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web JPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan telah menyediakn sistem semakan dalam talian untuk menyemak nombor pendaftaran terkini, yang membolehkan orang ramai mengetahui no plat terbaru bagi setiap negeri dan wilayah.

Nombor plat pendaftaran kenderaan diberikan mengikut negeri berdasarkan abjad dan huruf. Selain itu, anda mesti mengikut prosedur permohonan JPJ untuk mendaftar nombor kenderaan berdasarkan beberapa kategori. Harga tempahan plat pendaftaran kenderaan berbeza mengikut kategori.

Semakan No Plat Terkini JPJ

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang senarai Nombor Plat Kenderaan terkini, termasuk cara memohon, harga tempahan dan tarikh kelulusan permohonan.

Cara Semak No Plat Terkini

  1. Masuk ke Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini
  2. Pilih Kawasan atau Negeri
  3. Isikan Kod Sekuriti yang dipaparkan dengan betul
  4. Tekan butang SEMAK
  5. No plat terkini mengikut tarikh dan masa akan dipaparkan untuk kawasan yang dicari seperti gambar di bawah ini.
semakan no plat jpj

No Plat Terkini 2022

Nombor plat terkini bagi setiap negeri dan wilayah setakat 25 Ogos 2022 adalah seperti berikut:

Semenanjung

JOHOR - JVN7497
KEDAH - KFK2639
LANGKAWI - KV4310E
KELANTAN - DEK6518
KUALA LUMPUR - VJJ7793
MELAKA - MDP1872
NEGERI SEMBILAN - NDU8648
PAHANG - CEQ2483
PULAU PINANG - PQK3437
PERAK - AMP1499
PERLIS - RAM5312
SELANGOR - BRA9263
TERENGGANU - TCN4020
PUTRAJAYA - FD9999*

Sarawak

KUCHING - QAB5092E
SIBU - QS1825Q
MIRI - QM1426L
SRI AMAN - QBF3805
SARIKEI - QRR1932
BINTULU - QTW6820
LIMBANG - QLD7458
KOTA SAMARAHAN - QCN8417
KAPIT - QPC2584

Sabah

KOTA KINABALU - SYU4960
SANDAKAN - SMG1461
KUDAT - SK9564C
TAWAU - SWE8763
BEAUFORT - SB5283F
KENINGAU - SU9402H
LAHAD DATU - SD5945T
LABUAN - LH140

Cara Tempah Nombor Plat Kenderaan

Untuk memohon atau menempah nombor pendaftaran kenderaan, pergi ke pejabat JPJ di negeri anda.
  • Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  • Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
  • Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  • Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
Sekiranya anda berminat untuk memohon atau menempah nombor pendaftaran kenderaan, sila layari portal JPJ melalui pautan Panduan Memohon Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan.

Pada halaman tersebut terdapat penjelasan mengenai kategori nombor pendaftaran iaitu 1. kategori nombor bernilai utama (golden numbers), 2. kategori nombor menarik (attractive numbers), dan 3. kategori nombor popular (popular numbers), serta panduan permohonan tempahan nombor pendaftaran.

Harga Tempahan No Plat

Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah  seperti berikut:
  • Nombor Bernilai Utama (Golden Number) - RM20,000.00
  • Nombor Menarik (Attractive Number) - RM3,000.00
  • Nombor Popular (Popular Number) - RM800.00
  • Nombor Semasa (Running Number) - RM300.00

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pautan di bawah:
Terbaru Lebih lama