Nombor Perdana: Maksud, Contoh & Cara Menentukan

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu nombor perdana, senarai nombor perdana dari 1 sehingga 100 dan juga cara untuk menentukan nombor perdana dengan betul.

Maksud Nombor Perdana

Nombor perdana atau prime number ialah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1. Jadi, nombor perdana hanya mempunyai dua pembahagi iaitu nombor itu sendiri dan nombor 1.

Nombor Perdana 1 Hingga 100

Gambar dibawah menunjukkan senarai nombor perdana diantara 1 hingga 100.

Nombor Perdana

Menentukan Nombor Perdana

Berikut merupakan cara untuk menentukan sama ada nombor yang diberi adalah nombor perdana.

12
Jawab:
12 ÷ 1 = 12
12 ÷ 2 = 6
12 ÷ 4 = 3
12 ÷ 6 = 2
12 ÷ 12 = 1
12 boleh dibahagi dengan 1, 2, 4, 6 dan 12 iaitu 5 pembahagi.
Oleh itu, 12 bukan nombor perdana.

11
Jawab:
11 ÷ 1 = 11
11 ÷ 11 = 1
11 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 11 iaitu 2 pembahagi.
Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.


Terbaru Lebih lama