Cara Buat Duit Dengan Hanya Jawab Survey

buat duit dengan jawab survey

Bayangkan kita boleh dapat duit hanya dengan memberikan pandangan tentang sesuatu produk, perkhidmatan dan isu semasa. Kita boleh jawab survey ini di mana-mana, pada bila-bila masa yang sesuai. Tiada kemahiran teknikal khas atau modal yang besar diperlukan. Menarik betul kan?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk dapat duit melalui menjawab tinjauan atau survey melalui sebuah platform jawab survey yang paling popular iaitu ySense. Sama ada anda seorang suri rumah, pelajar, pekerja sepenuh masa, atau sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tambahan, kaedah ini mungkin jawapan kepada keperluan anda.

Buat Duit Dengan Jawab Survey di ySense

Mari kita mulakan untuk mengetahui macammana nak buat duit secara online dengan hanya menjawab survey menggunakan platform ySense.

Langkah pertama dalam menjalankan cara buat duit online melalui menjawab survei adalah dengan memilih platform yang tepercaya. Jangan risau disini saya sendiri kongsikan kepada anda sebuah platform yang saya sendiri guna iaitu ySense.

1. Apa itu ySense?

ySense merupakan sebuah platform dalam talian yang menyediakan pelbagai kaji selidik yang membayar kepada pesertanya. Untuk mencari pendapatan dalam talian melalui platform ini, anda hanya perlu menjawab pelbagai jenis kaji selidik yang disediakan.

Platform ini telah beroperasi sejak tahun 2007 dan memberikan peluang kepada pengguna internet untuk mendapatkan wang tambahan dengan mudah melalui penyertaan dalam kaji selidik.

Kebanyakan kaji selidik yang ada di ySense memberikan ganjaran yang bervariasi, biasanya antara USD 0.50 hingga USD 5, bergantung kepada jenis kaji selidik yang diambil.

Saya sendiri sudah lama menggunakan ySense untuk menjawab survey dan platform ini memang terbaik dan terbukti membayar. Adalah juga hasil daripada jawab survey. Tidaklah begitu banyak, tapi yang penting ada hasil. Dibawah ini merupakan bukti pembayaran yang saya terima daripada ySense melalui akaun PayPal. ySense bayar menggunakan USD dan kalau nak tukar USD ke Ringgit, darab 4 sahaja (1USD=RM4).
bukti bayaran ysense

2. Cara daftar ySense

Untuk buat akaun, sila buka halam Daftar ySense untuk mendaftar. Isi ruangan pendaftaran dan sahkan alamat emel anda. Setelah pendaftaran selesai, lengkapkan profil anda dengan sejujur mungkin. Profil ini akan membantu platform mencari survei yang sesuai dengan anda.

3. Cara jawab survey di ySense

Bila sudah siap daftar akaun ySense dan membuat pengesahan emel serta melengkapkan profil, kita masuk ke part yang paling menarik iaitu mula jawab survey atau mula perjuangan untuk menjana duit.

Caranya ialah, setelah anda login ke akaun ySense anda sila klik pada Paid Surveys.
jawab survey dapat duit

Kemudian, anda akan diarahkan ke halaman seperti gambar gambar di bawah ini. Hanya perlu pilih survey mana yang anda mahu jawab dan mulakan prosesnya.
buat duit dengan kaji selidik

Secara purata, nilai bagi satu survey adalah di antara $0.50 hingga $5.00 USD atau bersamaan dengan (RM2.00 hingga RM20.00). Survey yang memberikan bayaran yang lebih tinggi biasanya akan memerlukan lebih banyak masa untuk diselesaikan.

Apabila anda telah mengumpulkan sekurang-kurangnya $10.00 USD, anda sudah boleh membuat pengeluaran. Untuk membuat pengeluaran, anda hanya perlu buka halaman Cashout di ySense dan pilih cara pengeluaran yang anda mahu. Saya sendiri selalunya menggunakan akaun PayPal.

Kesimpulannya, dengan hanya menjawab survey kita boleh dapat pendapatan sampingan. Walaupun tidak lah begitu banyak tetapi yang penting kita ada pendapatan sampingan. Pastikan anda menjawab setiap survey dengan jujur dan sentiasa sabar dan konsisten supaya usaha anda ada hasilnya. Sekian.
Terbaru Lebih lama