yoyoohfilemmei2011

Filem-filem Melayu Di Pawagam Sepanjang Bulan Mei 2011

MrBig menyenaraikan filem-filem Malaysia yang bakal ditayangkan pada hujung bulan April ini dan sepanjang bulan Mei nanti bagi mempermudahkan anda membuat pilihan untuk menontonnya kelak. Harus diingat MrBig belum pun menonton filem-filem tersebut. Pemilihan mengikut turutan adalah berdasarkan kriteria populariti, pilihan genre dan publisiti media elektronik. Jika dilihat dari segi genre, pilihan yang ada ialah

Green Clapper Board

Senjakala – sebuah filem seram Ahmad Idham

Sinopsis: Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi,