|
Oleh : [r][a][y] eusouff Gambar : Megat
Setiap kali kelab peminat Dafi menganjurkan program, ianya amat ditungu-tunggu oleh peminatnya. Jika tahun lepas DFC mengadakan rumah terbuka di Kampung Sungai Kandis dengan suasana kampungnya, kali ini pula bertemakan "Warna-warni Aidilfitri. "Saloma Bistro" menjadi pilihan tempat berlangsungnya majlis tahun ini.
Agak sukar bagi menganjurkan sesebuah program terutamanya secara sukarela, kerana ianya melibatkan pengorbanan masa AJK Kelab peminat yang sibuk dengan karier masing-masing.
Yang mengkagumkan, The Official Dafi Fan Club bergerak secara "independent". Dari perancangan sehinggalah melaksanakan program itu sendiri.
KRU studios selaku syarikat yang menguruskan Dafi, memberi kebebasan sepenuhnya kepada kelab peminatnya menjalankan aktiviti-aktiviti bersama kelab peminatnya.
"KRU banyak membantu kami dari segi sokongan, memberi kebebasan dan kepercayaan penuh dan inilah antara sebab kelab peminat ini bergerak dengan baik"
"Sudah tentu setiap perkara kami akan merujuk dan mendapat khidmat nasihat pihak pengurusan Dafi bila diperlukan" kata Presiden Dafi DFC, Puan Syamelia.
"Kami juga turut didedahkan dengan perkongsian pengalaman" "Semasa KRU menganjurkan Konsert Ulangtahun ke 16 pada bulan Julai yang lepas, KRU melibatkan AJK DafiFC bagi membantu mereka menjayakan konsert tersebut" "Kami ditugaskan untuk menguruskan artis di belakang pentas, menjadi penyambut tetamu, pembantu kepada pengurus pentas dan lain-lain lagi" tambah beliau.
Bagi AJK Dafi FC, pengalaman ini amat berharga bagi mereka menguruskan aktiviti atau program mereka sendiri. Ianya memberikan DFC keyakinan dan pengalaman ini tidak ternilai harganya.
Majlis yang bertemakan "Warna-Warni Aidilfitri" ini dihadiri lebih 100 orang tetamu termasuk YB Datuk Seri Ismail Sabri dan keluarga, Puan Fatimah Abu Bakar, Cikgu Najmi, Aizat AF5, rakan media dan peminat setianya yang menggelarkan diri mereka "Dafinites".
Dafi memulakan persembahan dengan lagu "Suasana Hari Raya" dan diikuti dengan beberapa segmen bersama peminat. Segmen tersebut berbentuk "game show". Peminat diminta menganyam ketupat, memasang cangkuk langsir, memakai sampin dan menggayakannya, makan kuih batang buruk, melakunkan sketsa dan lain-lain lagi. Sesi bersama peminat ini berjaya mencuit hati peminat yang datang dengan telatah dan keriuhan Dafi mengendalikan majlis.
Puan Fatimah Abu Bakar turut diajak naik ke atas pentas bagi membantu peserta menganyam ketupat dan turut mengadili sketsa yang dilakunkan oleh peserta pertandingan.
Dipertengahan segmen, Dafi menghiburkan hadirin dengan lagu singlenya yang sedang hangat berkumandang di radio bertajuk "ADINDA".
Persembahan penutup, Dafi menyanyikan lagu "Seumur Hidup" yang juga akan turut dimuatkan dalam album sulungnya yang akan berada dipasaran Disember ini. Lagu ini juga merupakan soundtrack kepada filem "Jin Notti" yang dibintangi oleh Mawi dan Fara Fauzana yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Dafi juga turut memanggil AJK kelab peminatnya untuk bersamanya diatas pentas ketika menyanyikan tersebut sebagai tanda penghargaannya kepada AJKnya yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan segmen "Joget Lambak" yang menjadi kegemaran Dafi yang sememangnya gemar menari. Dafi memberitahu Yoyooh, majlis sebegini adalah tanda terima kasihnya kepada peminat yang banyak menyokong karier seninya.
Quote this article on your site
To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page.Preview :
|