A Separation, filem Iran kedua memburu Oskar
KEJAYAAN filem Iran, A Separation menang kategori Filem Asing Terbaik pada Golden Globe Awards Ke-69 lalu bukan saja memberi kegembiraan pada karyawan filem ini tetapi membuka mata khalayak mengenai kelebihan yang mereka miliki. Berbanding produksi Hollywood yang gemar menyogok penonton dengan elemen kecanggihan termasuk imej janaan komputer (CGI), karya Iran pula lebih memfokuskan kepada plot dan












