Nominasi Oscar 2012: Kejutan atau Publisiti?
Selasa lepas berlangsung di AMPAS (bukan Jalan Ampas), Academy of Motion Picture Art and Sciences pengumuman Nominasi Oscar Edisi 84 yang diumumkan oleh Presiden Akademi Tom Sherack bersama Nominasi 83th Oscar for Best Actress; Jennifer Lawrance (Winter’s Bone)
Tanak cerita banyak, meh penulis kongsi beberapa kategori utama yang nak penulis ulas.
Best Achievement in Directing
• Woody Allen – Midnight in Paris
• Michel Hazanavicius – The Artist
• Terrence Malick – The Tree of Life
• Alexander Payne – The Descendants
• Martin Scorsese – Hugo
REVIEW
2 nama yang penulis boleh kenali menerusi hasil kerja mereka sebelumnya (Allen dan Scorsese). Tiga pengarah lain nampak mampu bersaing lebi-lebih lagi Hazanavicius yang membawakan dunia hitam putih watak filem bisu dalam The Artist!
Best Original Screenplay
• The Artist
• Bridesmaids
• Margin Call
• Midnight in Paris
• A Separation
REVIEW
Tatkala A Separation diumum calon Lakon Layar Asal terbaik, penulis agak teruja. Filem ini sudah ditonton dan ianya sangat berbaloi. Tak mustahil filem dari Iran ni boleh menang kategori ni memandangkan jarang filem bahasa asing dinominasi kategori ini. Tapi sapa tau kan, kalau-kalau karya ringan komedi Bridesmade atau Midnight in Paris diangkat sebagai pemenang?
Best Adapted Screenplay
• The Descendants
• Hugo
• The Ides of March
• Moneyball
• Tinker Tailor Soldier Spy
REVIEW
Saingan agak sengit antara Hugo, The Descendants dan Tinker Tailor. Walapun penulis dah menonton Hugo, tak mustahil empat saingan lain mampu member cabaran!
Best Actor
• Demián Bichir – A Better Life
• George Clooney – The Descendants
• Jean Dujardin – The Artist
• Gary Oldman – Tinker Tailor Soldier Spy
• Brad Pitt – Moneyball
REVIEW
Pertama; Siapa Demian Bichir? Nominasi jejaka ni mengingatkan penulis pada Oscar edisi lepas tatkala Javier Bardem dinominasi menerusi filem Alejandro Gonzales Innaritu- Biutiful. Clooney berpeluang cerah (mengingati kemenangan beliau menerusi Golden Globe lalu), namun laluan beliau tak mudah tatkala harus berdepan dengan Dujardin (si actor dalam filem bisu The Artist takpun Oldman dan Pitt)
Best Actress
• Glenn Close – Albert Nobbs
• Viola Davis – The Help
• Rooney Mara – The Girl with the Dragon Tattoo
• Meryl Streep – The Iron Lady
• Michelle Williams – My Week with Marilyn
REVIEW
Tiga filem sudah ditonton. Antara empat ni, Mara merupakan pertama kali dicalon Oscar. Streep toksah cakap. Wataknya sebagai Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher sangat menyerlah. Eh! Dia dah menang Golden Globe tau! Kali ini penulis tabik habis sama Williams. Peranan dia sebagai figura tragic Marilyn Monroe menjadi!(sebab selalunya penulis selalu terkejut tatkala janda hot Heath Ledger ni tercalon Oscar. 2 kali. Kali pertama menerusi Brockback Mountain dah kali ke dua menerusi Blue Valentine). Davis juga menyerlah sebagai Helper yang tertindas manakala Close mampu memikat jiwa dalam sut lelaki sebagai Albert Noobs.
Best Supporting Actor
• Kenneth Branagh – My Week with Marilyn
• Jonah Hill – Moneyball
• Nick Nolte – Warrior
• Christopher Plummer – Beginners
• Max von Sydow – Extremely Loud and Incredibly Close
REVIEW
Sekali lagi kejutan. Why? Sebab Jonah Hill, watak lelaki yang selalu berlakon watak looser takde girlfren dan sidekick dalam watak utama tercalon dalam kategori ni!
Best Supporting Actress
• Bérénice Bejo – The Artist
• Jessica Chastain – The Help
• Melissa McCarthy – Bridesmaids
• Janet McTeer – Albert Nobbs
• Octavia Spencer – The Help
REVIEW
Penulis nak undi Octavia Spencer boleh? Watak dia menyerlah sangat compared to Bejo, Chastain atau Mc Teer atau McCarthy. Jika Spencer menang (hopefully!) satu lagi sejarah tercipta selepas kemenangan Whoopi Goldberg (Ghost), Helle Berry (Monsters), Jennifer Hudson (Dreamgirls) atau MoNique (Precious)
Best Animated Future
• A Cat in Paris
• Chico and Rita
• Kung Fu Panda 2
• Puss in Boots
• Rango
REVIEW
Tiga dah tonton. Dan penulis harapkan kemenangan Rango!
Best Foreign Language Film
• Bullhead (Belgium)
• Footnote (Israel)
• In Darkness (Poland)
• Monsieur Lazhar (Canada)
• A Separation (Iran)
REVIEW
Penulis sangat berharap filem A Separation mengungguli kategori ni. Filem ni menang besar di Golden Globe lepas dan tak perlu ulas banyak, A Separation mengajar banyak benda tentang kehidupan manusiawi:)
YANG TERTINGGAL..
- Tiada nominasi Tilda Swinton (We Need to Talk About Kevin), Leo DiCaprio (J Edgar), Carey Mulligan dan Ryan Gosling (Drive)
- Mana filem Adventure of TinTin???
- Tiada langsung nominasi filem Harry Potter and the Deathly Hallows pt 2. No 3 kot filem ni dalam grossing films all the year. Lord of the Rings leh menang dulu tanpa ada kekuatan dari segi lakonan?
- Pemerhati (mungkin penulis juga) agak terkejut ngan pencalonan ‘Extremely Loud’ arahan Stphen Daldry ni. Tiada pencalonan dalam Golden Globe lepas. Oscar nak wat surprise kot?






