Kelly 01

Kelly Clarkson Kembali Lebih ‘Kuat’

Bukan lah kembali kuat apa pun? Bekas juara American Idol musim pertama ini kembali mewarnai arena muzik antarabangsa dengan album ke-5 beliau – Stronger. Album ini mula dipasarkan ke seluruh dunia pada penghujung Oktober lalu. Single utamanya – Mr. Know It All sudah pun masuk ke corong-corong radio tempatan; dan sedang menuggu giliran untuk menyusul adalah single kedua album ini yang bakal didengari oleh peminat-peminat tempatan tak lama lagi – What Doesn’t Kill You (Stronger).

Penyanyi lagu ‘Since U Been Gone’ ini dijangka bakal mengulangi kejayaan album keduanya terdahulu (Breakaway, 2004) memandangkan produksi album Stronger ini dilihat begitu kuat dan tinggi dari segi kualiti dan pemilihan lagu. Kekal berentakkan pop-rock, turut terselit elemen-elemen R&B dan country dalam Stronger.

Clarkson mengambil keputusan untuk berpadu tenaga dengan  produser Brian Kennedy yang sebelum ini pernah menghasilkan karya-karya ulung artis ternama (Rihanna, Chris Brown), Howard Benson (Hoobastank, Papa Roach, My Chemical Romance) dan beberapa lagi produser lain. Dan hasilnya? Suatu penantian yang berbaloi.

Stronger dibuka dengan track ‘Mr. Know It All‘, sebuah lagu yang ‘memerli’ para journalists di luar sana yang seolah-olah tahu serba-serbi tentang kehidupannya. Semuanya jelas dipaparkan dalam video klip single itu yang sudah pun mencecah 13 juta tontonan di YouTube.

Seterusnya dituruti dengan track ‘What Doesn’t Kill You (Stronger)‘ yang dikatakan persis lagu hitsnya terdahulu – Since U Been Gone. Kerancakan melodi dan lirik pada chorusnya menjadi nadi kepada lagu dan keseluruhan album terbaru Clarkson.

Penerimaan seseorang terhadap cinta turut diceritakan menerusi track ‘Dark Side‘ selain tema pengkhianatan & kegagalan cinta dipaparkan menerusi ‘Honestly‘, ‘You Love Me‘, ‘The War Is Over‘, dan beberapa track lain.

Dan semestinya, track yang patut anda dengar dan hayati adalah ‘Breaking Your Own Heart‘. Bukanlah lagu pop yang sinonim dengan Clarkson, track ini lebih tulus dan sempurna disampaikan sebagai lagu balada. Jangan lupa juga mendengar ‘Einstein‘ yang bijak dalam persoalan cinta. Antara bait-bait liriknya adalah “Dumb + dumb = You”.

Overall, Clarkson diramalkan mengungguli 2012 dan kembali sebaris dengan artis-artis yang lain. Welcome back Kelly Clarkson!

Recommended tracks:

1. What Doesn’t Kill You (Stronger)

2. You Love Me

3. Breaking Your Own Heart

Stronger : Kelly Clarkson (8/10)

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge