bangunanistana

Istana Negara Baru di Jalan Duta

Seperti yang sedia maklum Istana Negara Jalan Duta telah mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 yang lalu dari Istana Negara di Jalan Istana ke Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Proses perpindahan bermula pada 18 Oktober 2011 dan pada hari ini, 15 November 2011 merupakan hari Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi SPB- Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Jalan Istana dan menaikkanya di Istana Negara Jalan Duta. Ini menunjukkan Istana Negara telah secara rasminya berpindah dari Jalan Istana ke Jalan Duta. Berikut adalah beberapa informasi menarik tentang Istana Negara.

bangunanistana Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaBangunan Istana Baru di Jalan Duta

Pengenalan Tentang Istana Negara

Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara yang lama terletak di Jalan Istana. Bermula pada Oktober 2011 ia telah berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta dan mula beroperasi pada 11 November 2011.

Istana Negara, Jalan Istana

Sebelum mengetahui tentang Istana Negara baru lebih baik berkenalang dahulu dengan Istana Negara lama yang terletak di Jalan Istana. Bangunan ini dibina pada tahun 1928 dan pada awalnya milik seorang jutawan bernama En. Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, Kerajaan Negeri Selangor telah membeli bangunan ini dan diubahsuai menjadi Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

img istana Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaGambar Istana Negara di Jalan Istana

Istana ini telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Sejak itu, beberapa perubahan dan pembesaran dilakukan. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah secara menyeluruh, kerana inilah kali pertama Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan di Istana Negara. Sebelum ini upacara pertabalan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Oleh kerana Istana Negara tidak dibuka kepada orang ramai dan pelancong, maka kawasan pintu pagar utama merupakan tempat yang sering dikunjungi untuk mengambil gambar dan sebagainya.sumber

Istana Negara Jalan Duta

Istana Negara yang terletak di Jalan Duta ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang telah digunakan sejak tahun 1957.Istana Negara baru ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 yang lalu. Istana Negara, Jalan Duta ini akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.

istana negara 800 Juta Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara

Pembinaan Istana Negara ini dikatakan menelan belanja sehingga RM 800 juta yang merangkumi 3 komponen utama; Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta). sumber: mStar online

Ciri-ciri Bangunan

Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Laluan Istana

Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

gate1 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaPintu Pagar Hadapan Istana Negara

Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.

Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara. sumber: Laman web rasmi Istana Negara

Gambar-gambar Menarik Istana Negara Jalan Duta

Berikut adalah sedikit gambar-gambar menarik Istana Negara yang terletak di Jalan Duta itu. sumber gambar: lepak.my

Istana Negara 1 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 1
Istana Negara 2 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 2
Istana Negara 3 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 3
Istana Negara 4 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 4
Istana Negara 5 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 5
Istana Negara 6 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 6
Istana Negara 7 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 7
Istana Negara 8 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 8
Istana Negara 9 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan DutaIstana Negara 9
Istana Negara 10 Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan Duta

Istana Negara 10

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge