contagion-movieyoyooh

Satu Cereka Banyak Pula Bintangnya

Apa yang membuatkan suatu filem atau drama boleh dijual dipasaran perdana?

Sudah tentu barisan pelakonnya yang paling utama selain premis cerita yang lengkap dengan naratif tersusun dan pembentukan karakter supaya screen time dilihat ‘adil’ buat semua pelakon yang terbabit.

Ok Intro yang panjang. Penulis sedia memendekkan.

Audiens tempatan sendiri mungkin pernah melihat karya terbaik Kabir Bhatia dalam Cinta mahupun Sepi yang menggunakan khidmat beberapa actor dan actress terkenal. Kedua filem itu juga tidak flop. Begitu juga halnya dengan filem Anak Halal.

Terbaru, drama ‘Tahajjud Cinta’ turut menggunakan formula yang sama. Di arahkan oleh sutradara wanita Erma Fatima, Tahajjud Cinta nampaknya menjadi bualan beberapa penggemar drama tempatan.

Tetapi, despite of that ada juga segelintir penonton yang ‘kurang’ gemar dengan percaturan ini. ‘Banyak sangat stars. Tak tahu siapa nak tengok. Last-last nampak watak pelakon B tenggelem dek pelakon A’

Istilah ‘overshadow’ mungkin wujud. Tetapi bagi penulis, jika pengarah, pengarah lakon layar serta penulis skrip bijak mengadunkan cerita. takkan ada sesiapa boleh overshadow sesiapa. Dah memang watak dia berkesan, kita nak buat macam mana lagi kan?

Pernah tonton filem Hindi, Lajja? Ok belum tengok, sila pergi beli VCD nya sekarang.

Filem yang berkisarkan nasib wanita di India membariskan beberapa actress A list Bollywood seperti Manisha Koilara, Mahima Chaudhary, Madhuri Dixit juga Rekha. Screen time untuk actress-actress ini sangat mencukupi dimana kita akan dibawa ke kehidupan anak perempuan yang menanggung tekanan akibat bapanya yang terpaksa membayar dowry, pelakon teater yang berkorban kerana cinta dan bidan wanita yang cuba mengubah nasib wanita miskin di kampungnya. Saksikan. It’s a heart wrenching one!

Filem terbaru Contaigon yang dibintangi beberapa A list actor seperti Pemenang Oscar Gwyneth Paltrow, Marion Cotillard, Kate Winslet selain Jude Law, Lawrence Fishborne dan Matt Damon turut menggegar panggung apabila secara keseluruhan berjaya mengutip 67.6 Million, mengalahkan filem muzikal Nine (yang turut menggunakan formula A List Actors seperti Daniel Day Lewis, Penelope Cruz, Marion Cotillard, Nicole Kidman, Judi Dench, Sophia Loren, Fergie BEP dan Kate Hudson.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge