O’oi Couture di MASiF 2011
MASiF 2011 telah pun melabuhkan tirainya. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang MASIF 2011 tersebut dan pihak Yoyooh.com telah dijemput untuk menghadiri salah satu acara sepanjang minggu MASiF 2011 tersebut. Pada awalnya Adie telah ditugaskan oleh pihak Yoyooh.com untuk melakukan liputan mengenai persembahan fesyen daripada seorang pereka tempatan iaitu O’oi daripada O’oi Couture, walau bagaimana atas urusan kerja lain Adie terpaksa menggantikan dengan seorang blogger lain iaitu DD daripada DDFabulous.com untuk membuat litupan majlis tersebut. Oleh yang berikut, di bawah ini adalah hasil liputan beliau sepanjang majlis pertunjukan fesyen daripada O’oi Couture.
Dengan undangan dari pihak Yoyooh.com (Mr. Ray Eusouff) dan O’oi from O’oi Couture, DD dan Hilal(photographer) telah menghadiri majlis fashion show dari O’oi Couture di MASiF 2011 bertempat di KLCC pada 16 September lalu bersempena juga dengan Hari Malaysia. Majlis berlangsung jam 8 malam dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Senator A. Kohilan Pillay, Deputy Foreign Minister.
Hasil masterpieces from O’oi Couture di pertontokan kepada hadirin dengan tema haute couture designs. 6 koleksi pakaian, 3 untuk lelaki dan 3 lagi untuk perempuan sangat menyerlah dengan pemilihan kombinasi warna yang menyerlah iaitu Kuning & Hitam. Fabrik utama yang digunakan adalah fabrik Songket. Ditanya mengapa memilih kombinasi warna Kuning & Hitam dan berapa lama menyiapkan koleksi exclusive ini, ini jawapan dari O’oi ;
“ Saya memilih warna mengikut forecasting 2012.Saya mengambil masa tidak sampai sebulan untuk menyiapkan semua collection MASiF’11. Untuk rekaan pakaian wanita adalah more to baju kurung yg di modernkan menjadi vs mini dress.Bagi collection lelaki pula adalah more to suit & vest yang fit yang dimodernkan.Mengikut trademark saya iaitu “fitted” ”
artis-artis (model untuk rekaan O’oi Couture) sedang mendengar sedikit taklimat dari O’oi…
Ditanya pula, mengapa memilih fabrik songket, tidak fabrik-fabrik lain sebagai fabrik utama dalam koleksi ini, O’oi mengatakan bahawa ;
“ Kerana songket adalah salah satu industri seni fabric yang menjadi identiti masyarakat Malaysia. Saya juga telah gabungkan pelbagi fabric seperti Chiffon, Lace, Netting, Cotton Linen dan pelbagai lagi di dalam rekaan saya. ”
Hasil gabungan fabrik Songket warna Kuning di-raja ini dengan warna Hitam melalui rekaan yg terdapat di jaket, vest, mini-dress, hooded dan shawl amat menarik sekali dan sangat praktikal untuk digayakan di apa jua majlis dan acara.Semasa model-model memperagakan hasil rekaan ekslusif dari O’oi Couture ini, Toi telah mengiringi lagu latar untuk showcase O’oi dengan bermain Angklong. Beliau sangat berbakat dan amat mahir bermain angklong hingga berjaya memabawa nama Malaysia ke mata dunia dalam permainan angklong ini. Satu lagi kebanggaan untuk negara Malaysia. Mari kita saksikan hasil rekaan haute couture eksklusif dari O’oi Couture:
O’oi juga menyatakan bahawa konsep yang ingin diketengahkan pada koleksi kali ini adalah Warisan Budaya Melayu dari penggunaan fabrik Songket. Hasil rekaan beliau juga mengetengahkan rekaan yg modern & in dengan fashion semasa. O’oi juga amat menitik beratkan supaya rekaan kali ini ringkas untuk digayakan. Sedia maklum, fabrik Songket ini agak tebal, jika hasil rekaan terlalu heavy, berkemungkinan seseorg itu akan berasa tidak selesa untuk carry sesuatu rekaan itu. Keselesaan juga amat penting dalam mereka busana-busana terutama sekali dari fabrik-fabrik yang tebal sebegini. Menurut O’oi lagi, konsep rekaan beliau kali ini di inspirasikan oleh Songket kerana showcase beliau berlangsung pada Hari Malaysia iaitu 16 September. Oleh itu, idea menggunakan fabrik Songket amatlah bersesuaian dengan Malaysian Culture.
Rekaan-rekaan O’oi digayakan oleh 6 Atris Malaysia yang sangat popular, antaranya : Zul Yahya, Dior, Ryzal, Rafidah (Fida), Wan Sharmila dan Juliana Evans. Semua model-model artis ini ditatarias oleh seorang make-up artist yang terkemuka iaitu Epi Temerloh. Ditanya mengapa memilih artis-artis ini untuk mengayakan rekaan beliau, ini respond dari O’oi ;
“ Saya memilih artis memperagakan collectian saya pada pentas MASiF’11 atas sebab salah satunya adalah sebagai muse.Bukan itu sahaja, disini juga adalah salah satu platform untuk artis menunjukkan bakat mereka dalam bidang meperagakan pakaiaan.Saya juga meberi peluang/platform kepada new comers di bawah O’oi Couture seperti Nawal Jes Izman pereka baru bagi koleksi kasut yang dipakai oleh artis-artis tersebut dan juga mempunyai makeup artist baru iaitu Haslam Malieq. Saya juga berkerjasama dengan makeup artist senior iaitu Epie Termeloh nama yang tidak asing lagi didalam industri seni tanah air.Misi saya adalah memberi peluang/platform untuk mereka-mereka ini bagi bakal pelapis yang akan datang. Yup setiap artis saya pilih ini mempunyai personaliti dan attitude tersendiri, so automatically pemabawakan artis tersebut menjadi salah satu peranan penting.”
Rekaan-rekaan sedia ada dari O’oi Couture boleh di dapatkan di butik O’oi sendiri, menurut O’oi;
“ Collection saya kebayankannya adalah untuk di market kan,baju-baju yang saya rekakan adalah sesuai untuk dari semua golongan umur, ianya tidak terhad.Rekaan saya juga senang untuk dipadankan dengan pelbagai gaya.”
Pada sesiapa yang ingin mendapatkan koleksi-koleksi rekaan yang sangat fabulous ini, anda boleh menghubungi O’oi sendiri di:
Talian : 017-2050551
Email : ooicouture@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/ooi.cute
Anda juga boleh menempah baju yang anda inginkan terus ke O’oi Couture. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dah hasilnya sangat-sangat memuaskan malah anda akan lebih dari berpuas hati.















wah zul yahya pun nampak smart.