Heroine: Jatuhnya Bintang (Akan Datang 2012)

Heroine: Jatuhnya Bintang (Akan Datang 2012)

Penulis meminati lakonan semulajadi aktres Bollywood, Aishwarya Rai.

Bekas Miss World ini berjaya menambat bukan setakat penulis malah berpuluh ribu peminatnya menerusi penampilan pertama dalam Iruvar kemudian menongkah sebagai ‘kembar seiras buat-buat’ dalam Jeans. Filem itu sukses dalam box office sehinggakan dibuat dalam versi Tamil. Menjadi tumpuan adalah filem kolaborasi beliau bersama aktres Tabu dalam filem Kondukondein Kondukondein.

Kejayaan aktres ini sampai ke kemuncak apabila filem arahan Sanjay Leela Bhansali, Hum Dil De Chuke Sanam akhirnya mengukir Rai dinobatkan sebagai Best Actress di Festival Filem Filmfare di India lewat 1998 (dimana dalam katergori itu beliau bersaing dengan aktres Karisma Kapoor juga salah satu watak  beliau sebagai Mansi dalam Taal)

Kolaborasi kedua beliau bersama Bhansali diteruskan dalam Devdas, peranan seorang gadis naïf bernama Parvati ‘Paro’ turut dinobatkan pelbagai anugerah Bollywwod dan antarabangsa. Kali terakhir berkolaborasi bersama Bhansali adalah menerusi filem ‘Guzaarish’

Rai dikhabarkan bakal membintangi sebuah filem tentang ‘a fallen star’, primadona yang terkenal kemudian perlahan-lahan ‘malap’ sinarnya. Filem berjudul ‘Heroine’ ini bakal diarahkan oleh Madhur Bandharkar mengisahkan seorang primadona yang dilimpahi sinar glamour dan akhirnya perlahan-lahan menemui sisi gelap apabila pasaran hiburan memerlukan ‘sinar bintang muda’ yang lebih berkeyakinan. Pengarah Bandharkar juga dikatakan sanggup mengunggu Rai ‘habis berpantang’ setelah melahirkan anak pertama hasil perkahwinannya dengan actor Abhishek Bachchan.

Apa-apa pun kita sama-sama nantikan. Mungkinkah filem ini mempunyai persamaan seperti filem biografi Perancis ‘La Vie En Rose’ ; menceritakan tentang kisah penyanyi terkenal Edith Piaf yang menderita teruk ketika hayat tuanya (which is a brilliant performance by Academy Award Winner for Best Actress in a Leading Role, Marion Cotillard)

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge