Pulau Kapal Layar Mewah
Bayangkan percutian di atas sebuah kapal layar mewah. Sekarang bayangkan pula percutian disebuah pulau indah di kawasan tropika. Kedua-duanya ialah satu percutian yang sememangnya di idam-idamkan.
Hebat bukan? Pernahkah anda terfikir untuk menggabungkan kedua-duanya sekali?
Sebuah kapal layar telah direka seperti pulau tropika dan mempunyai gunung berapi di atas kapal tersebut. Kapal seluas 295 kaki per segi yang dapat memuatkan 10 penumpang dan pemandangannya adalah ilham dari pada pulau-pulau di Caribean, lautan india dan Polinesia adalah hasil rekaan oleh British boat builders Yacht Island Design. Di dalam gunung berapi yang besar, yang menjulang tinggi adalah sebuah panggung wayang, perpustakaan, bilik permainan, gimnasium, spa dan suite VIP.
Menurut laporan, harga untuk kapal layar tersebut masih belum ditetapkan. Yang pasti ianya hanya mampu disertai dan dinikmati oleh golongan kaya raya sahaja. Kita yang xmampu hanya mampu tengok saja la..hahaha
Sumber : DailyMail









