Musim Terbaru dan Terakhir Desperate Housewives: Kiss Them Goodbye
Siapa disini peminat kipas susah mati Surirumah Terdesak aka Desperate Housewives? Sila duduk diam-diam sebab penulis nak habaq mai.hehe
Legasi komedi gelap inspirasi Marc Cherry ini membuka tirai siarannya pada September 25 lepas di saluran ABC. Fiksyen yang berkisarkan tentang kehidupan empat surirumah dengan konflik cinta, keluarga, skandal dan misteri Susan Mayer, Lynette Scavo, Bree Van DeKamp dan Gabrielle Solis diceritakan penuh gaya oleh Mary Alice Young, yang mati akibat membunuh diri.
Penulis mengikuti siri ini sejak kali pertama disiarkan sehinggalah musim terakhir ini. Itu belum termasuk beberapa episode cliffhanger dan bencana yang melanda Wisteria Lane seperti Hostage (season 3), Tornado (season 4), Fire at Pub (season 5), Plane Crash (season 6) dan Rusuhan (season 7)
Musim 8 yang dikatakan akan membongkar kesemua rahsia setiap housewives selain kronologi berbalik yang menimpa keempat-empat watak utama apabila mereka dengan secara tak sengaja terlibat dalam satu pembunuhan yang tak dirancang.
Menonton Episode 1: Secrets That I Never Want To Know secara online dan penulis boleh katakan, ia antara merupakan permulaan paling baik dalam kesemua siri Housewives!
Paling terbaik apabila Bree Van DeKamp menerima sepucuk note tertera mesej ‘I Know What You Did. It Makes Me Sick. I’m Going to Tell..’
Ya! Mesej yang sama diterima Mary Alice Young sebelum beliau membunuh diri. Ironinya, keempat-empat Housewives ini held the same secrets like Mary Alice hold semasa Musim Pertama Desperate Housewives!
Oh tak mahu spoil banyak! Selamat Menonton!








