children

Mengatur Masa Untuk Anak-Anak

Bagi ibu bapa yang bekerja, masa adalah aset yang paling bernilai. Mana tidaknya seharian di tempat kerja, meninggalkan anak bersama orang lain, malam saja yang ada untuk bersama keluarga, terutama anak-anak (tak termasuk hari minggu).

Ramai ibu yang merungut tentang ketidakselesaan berada dalam situasi sebegini, yang mana tidak dapat ‘melihat anak membesar di depan mata’. Ramai ibu yang ketinggalan untuk menyaksikan langkah pertama anak, seyum pertama anak dan sebagainya.

Jadi bagaimanakah yang patut kita buat agar ibu bapa terutama, dapat mengatur masa untuk bersama dengan anak-anak?

1. Pentingkan kualiti

Sejam atau dua jam bersama anak-anak, merupakan masa yang panjang jika diisikan dengan aktiviti yang berpusat kepada mereka.

2. Lupakan kerja!

Bila berada bersama anak-anak di rumah, lupakan hal luaran yang boleh mengganggu fokus kita. Lupakan hal kerja, atau apa saja perkara yang boleh membuatkan kita ‘lari’ dari anak-anak.

3. Sejam sahaja..

Sekiranya terlalu sibuk, maklumlah ramai ibu bapa zaman sekarang yang membuat kerja-kerja separuh masa dirumah seperti perniagaan internet dan sebagainya… cuma luangkan masa sejam sahaja bersama anak-anak. Sejam tanpa telefon, komputer dan apa saja alat yang membolehkan kita berkomunikasi dengan pihak luar. Dedikasikan hanya sejam untuk mereka.

4. Aktiviti bersama

Aturkan aktiviti bersama, misalnya kemas rumah bersama-sama, tonton TV bersama-sama, membaca bersama-sama.. walaupun kita tidak berkongsi buku dengan mereka (untuk aktiviti membaca), kita berada bersama mereka dan membuat perkara yang sama!

Selain itu, anda boleh mengatur percutian keluarga dan pastikan tidak diganggu oleh panggilan-panggilan telefon yang tidak berkaitan.

Ingatlah, anak-anak adalah aset, pewaris kita. Didiklah mereka seawal usia agar peribadi yang teguh dapat dibina, demi mengelakkan kerosakan akhlak di kalangan remaja masa depan.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge