Asfan Terhenti Di Sini
Dah lama rasanya tak dengar radio. But then, bila berpeluang mendengar radio tempatan, then barulah tersedar akan ketidak-update-an diri terhadap koleksi lagu-lagu berbahasa Melayu yang baru. Mungkin aku sendiri dah terlambat tahu pasal lagu ni; but yet, tetap mahu berkongsi.
Lagu yang semakin popular dan mendaki carta-carta muzik radio ni khabarnya merupakan soundtrack untuk drama-drama tempatan. Tak pasti sama ada untuk drama Asmara 2 ataupun Nora Elena, ataupun kedua-duanya. Lagu yang dimaksudkan adalah Terhenti Di Sini, nyanyian Asfan.
Sekali dengar, sangkanya vokal milik penyanyi kumpulan Disagree. Tak pasti sama ada aku seorang je yang perasan ataupun kalian pun perasan juga. But, ada similarity di situ. Mulalah terfikir “Eh, bila pulak dia ni nyanyi lagu bahasa Melayu..?“
My bad lah kan, sebab dah lama tak mengemaskinikan diri dengan lagu-lagu Melayu yang baru. Heh.
Lirik melankolik, yet mudah difahami. Vokal yang dialunkan, serasi dengan melodi dan komposisi lagu, hence memberikan jiwa. Ia merupakan satu permulaan yang bagus. Tidak keterlaluan rasanya untuk membandingkan produk keluaran Asfan ini dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’ oleh Yuna. Si pencerita merindukan, mengharapkan sesuatu yang barangkali bukan (dan mustahil) menjadi milik kita sendiri. Membiarkan dirinya sendiri; menanti. Menunggu.
Wow! kan? Tidak sangka dalam lambakan lagu-lagu yang berunsurkan pop rock zaman sekarang ni, masih ada lagi karya-karya yang halus dan harmoni macam ni.
Berapa bintang nak bagi ni?
3.5 / 5.0






