Percaya Padaku Bak Kata Ungu
Band negara seberang, Ungu kini kembali menghangatkan dan memberi saingan kepada muzik tempatan! Berbekalkan dengan album terkini berjudul ‘1000 Kisah Satu Hati‘, kumpulan yang sudahpun menempa nama di Malaysia ini mula mengedarkan risalah muzik mereka yang terbaru – “Percaya Padaku“.
Sinonim dengan kumpulan itu, rentak melankolik lagu Balada ini sangat mudah diterima penggemar muzik. Percaya Padaku mirip sekali dengan karya-karya terdahulu milik Ungu seperti Andai Ku Tahu, Kekasih Gelapku, dan Cinta Dalam Hati.
Bertulangbelakangkan konsep cinta dan kasih, Percaya Padaku sememangnya bakal menjadi hits di sini, dengan intro beat dan guitar yang tidak terlalu berat. Dinilai dari segi lirik pula, agak mudah difahami kerana ianya straight forward, contohnya frasa “Berikan cintamu juga sayangmu, percaya padaku, ku kan menjagamu, hingga akhir waktu menjemputku” pada bahagian korus.
Pun begitu, lagu-lagu cinta sebegini sudah semakin berlambak di pasaran; dan barangkali Ungu perlu mempelbagaikan hasil karya mereka selepas ini? Mungkin.
Album 1000 Kisah Satu Hati merupakan album terkini daripada Ungu. Mengandungi 12 lagu antaranya Percaya Padaku & Doa Untuk Ibu.







