Katy Perry

Katy Perry & 9 Pencalonan MTV VMA

Kalau tahun lalu, Lady Gaga mengejutkan dunia muzik dengan 13 pencalonan (tidak termasuk pencalonan bersama Beyonce menerusi Video Phone); tahun 2011 mengejutkan ramai pengkritik dan peminat muzik antarabangsa tatkala penyanyi ‘Born This Way‘ itu hanya menerima 3 pencalonan dalam MTV Video Music Awards (MTV VMA).

2011 menyaksikan giliran Katy Perry menguasai MTV VMA. 9 pencalonan diterima Perry menerusi 4 single; Teenage Dream, Fireworks, E.T, dan yang terbaru Last Friday Night (T.G.I.F).

Teenage Dream menerima 1 pencalonan dalam kategori Best Cinematography In A Video. Calon-calon yang tersenarai dalam kategori itu adalah:-

Best Cinematography In A Video

  • 30 Seconds to Mars – Hurricane
  • Adele – Rolling In the Deep
  • Beyonce – Run the World (Girls)
  • Eminem (ft. Rihanna) – Love the Way You Lie
  • Katy Perry – Teenage Dream
Manakala single Fireworks yang menjadi hits sejak awal tahun ini menerima pencalonan dalam 2 kategori utama:-
Best Female Video
  • Adele – Rolling In the Deep
  • Beyonce – Run the World (Girls)
  • Lady Gaga – Born This Way
  • Nicki Minaj – Super Bass
  • Katy Perry – Fireworks
Video of the Year
  • Adele – Rolling In the Deep
  • Beastie Boys – Make Some Noise
  • Bruno Mars – Grenade
  • Katy Perry – Fireworks
  • Tyler, the Creator – Yonkers
Gabungan bersama rapper Kanye West juga turut ‘menjadi’, apabila single E.T. menerima 5 pencalonan dalam kategori populariti & profesional. Lagu E.T. tersenarai pendek dalam pencalonan bagi kategori-kategori berikut:-
  1. Best Collaboration
  2. Best Art Direction
  3. Best Direction
  4. Best Editing
  5. Best Special Effect
Dan single terkininya, Last Friday Night (T.G.I.F) menerima 1 pencalonan, dalam kategori Best Pop Video. Perry dilihat sebagai calon favourite untuk memenangi kategori ini memandangkan klip video yang masih baru menemui peminat; dan juga ketiadaan Lady Gaga dalam senarai pencalonan untuk tahun ini. Pun begitu, Bruno Mars menerusi single Grenade dilihat sebagai pesaing terdekatnya bagi kategori ini.
Best Pop Video
  • Adele – Rolling In the Deep
  • Bruno Mars – Grenade
  • Katy Perry – Last Friday Night (T.G.I.F)
  • Pitbull (ft. Ne-Yo, Nayer and Afrojack) – Give Me Everything
  • Britney Spears – Till the World Ends
Menyusul Katy Perry dalam senarai pencalonan adalah Adele dan Kanye West; masing-masing menerima 7 pencalonan. MTV Video Music Awards 2011 dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2011.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge