Gelagat !!!..Ya Ramadhan…
“alaaaa….esok dah puasa…kita rasa macam malas la. penat tau!…taaaapppiiii…tahun lepas kita ponteng jugak….senyap2 kita masuk bilik air…minummmmm”…….
teringat cerita anak2 kecil yang cukup petah bercerita sesama mereka tentang aktiviti menjelangnya ramadhan. keberatan menunaikan ibadah rukun Islam ini merupakan satu kisah yang paling lucu jika kita lihat dari faktor tujuan dan sebab anak2 ini cukup bijak menangani teknik mengelak dari berpuasa dan berpura-pura puasa. Waima saya sendiri dahulu pun cukup liat untuk berpuasa pabila mengenangkan ais ketulan yang indah lagi gemilau ketika panas terik.
itulah gelagat anak2….dan tidak saya nafikan dikalangan orang dewasa jua terbabit dalam ertikata liat berpuasa. Bermulakan kisah timbulnya penyakit yang cukup sinonim yakni ‘GASTRIK’. Pada tika ini menteliti masyarakat yang malas berpuasa boleh dikenalpasti siapa yang beralasan dan siapa tidak. Kalau diperhatikan ada kala cukup menggelikan hati. Tetapi jangan difikir orang yang tua dari dewasa pula mampu memenuhi ibadah ini….alasan ‘ketuaan’ juga dijadikan sebab untuk liat…sedangkan keuzuran itu boleh diukur samada mampu atau tidak.
wanita pula sering menjadikan alasan ‘BULAN MENGAMBANG’ untuk mengelak dari berpuasa. betul ke mengambang bulan yang dikendong?…Wallahulam…bab ini Allah Yang Maha Mengetahui. tetapi rasa malu untuk menyatakan…”ala..aku period…tak dosa kalau aku nak makan pun”…..pada saya…aduhhh…segan dan malu untuk bersuara demikian. apa kan daya….rambut sama hitam…hati lain2…hurm…gelagat…gelagat…
dalam pada kesibukan berpuasa….ketika inilah sibuk peniaga2 menjalankan aktiviti jualan…kuih raya, baju raya, tudung raya, perhiasan raya, kasut raya, barang kemas raya, perabot raya, kereta raya, alat electrik raya, duit raya…ehehehe….termasuk la juga dalam senarai belian yang perlu disediakan…..”kau tahu mah!…jiran rumah aku beli set sofa baru kau!”….”eh!..mana kau tahu?”…..”aku tahu la…lori court mamot berhenti depan rumah aku…ingatkan laki aku belikan untuk aku….rupanya jiran aku tuuuuu…”…..”ye ke..rumah jiran kau memang tak bersofa ke?…”…..”ada…baru je aku pergi bersembang rumah jiran aku…ada je sofa dia….tambah yang lain kot…”…..”eh!..jap mah…aku nak call laki aku balik awal…boleh survey barang baru kat kedai perabot…hehehe”……
gamaknya la kan….orang lain nak beraya sakan….kita pun beraya sakan…puasa penuh idok ler pulak….gelagat…gelagat….
tak ketinggalan..menjelang pukul 3.00 petang…mulalah orang kerumuni bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka…yang berpuasa memang adatlah mencari selera mereka…yang tak puasa tu…buat la muka lembik mcm lempeng tu….sungguh2 mencari juadah…konon berbuka la sangat….tapi semangat membeli di bazaar ramadhan ni tak berpanjangan….awal2 agak kurang orang membeli….pertengahan ramadhan..mulalah bersesak..sebab masing2 dah malas nak masak….kekdahnya…awal2 puasa rajin membeli bahan mentah….lepas tu gantung kuali je la…
dalam pada mencari juadah….kerling sana kerling sini….bukan setakat manusia berkerumun…lalat langau pun ada….masa tu lepas berbuka puasa…berbuka lain pulak la….hahaha…gelagat….gelagat….
sibuk2 hal duniawi….tertinggal pulak kisah solat terawih…30 hari berpuasa…takkan satu hari pun tak boleh pergi kan…agak zalim sebagai muslimin dan muslimah jika merugikan peluang yang terbuka…muhasabah diri dan mencari apa yang pasti….memiliki seribu rahmat pada ramadhan yang menjelang setahun sekali…manusia sering merasakan…”ala…tahun depan la aku gi terawih…banyak lagi masa”…..pastikah bila matimu????……itulah manusia…tidak ada yang penuh pakej….begitulah saya yang juga perlu diingatkan sepanjang masa…baik dan buruk…..keghairahan mencari apa yang perlu….lupa apa yang wajib….mengejar kehendak dan keperluan…lupa hakiki yang mutlak….
lepas makan…sering beralasan…kenyanglah..tak kusyuk nanti….macam2 ada…gelagat…gelagat…
“omak!!…den nak poie terawih ni!!!!”…..”eh jat!!…(bisik si leman)….betul ke kau nak pergi terawih?..kau tak cakap kat aku pun”…..”mano ado…den tipu yo…ekau gilo xkan den nak cakap kek mak den yang kito nak poie main meriam buluh!”….”tak la..aku ingat kau cakap betul…bulan puasa kan tak elok tipu..batal puasa!”…..”ekau nak membongak dengan aku ko….mano ado tipu batal puaso…lagipun ni dah malam lah!….bangang ekau ni”……”(sambil garu kepala)….eh a’aha la…hehehe…”
inilah peluang budak2 yang penuh kreativiti mencari akal yang pendek dipanjangkan untuk merekacipta meriam yang paling gah dalam kampung masing2. Mulalah tak tenang pak imam nak baca surah…gedebommmmm!!!….gedebekkkkkkkk!!!….macam2 bunyi keluar…..geleng la kepalo…gelagat…gelagat…
apa jua…segala keindahan ini akan jadi seribu kenangan yang tak dapat dilupakan…apakah 20 tahun akan datang membawa cermin yang sama???….Wallahualam….
Kepada pembaca dan pengunjung YoYOOH…nantikan posting akan datang….dan Selamat Berpuasa…












