Cara Berkomunikasi Dengan Boss Wanita

Cara Berkomunikasi Dengan Boss Wanita

“Boss aku ni asyik moody je. Pulak tu membebel je kerjanya”

“Lady Boss?”

“Ye lah, ape lagi. Emo manjang. PMS kot”

Biasa kan dengar dialog macam di atas? Kalau majikan wanita ni selalu saja dikaitkan dengan ‘kurang dapat mengawal emosi’, cerewet, pilih bulu, suka marah tak tentu pasal, dan sebagainya.

Memang, ada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Walau setinggi mana pun pangkatnya, hati lelaki dan hati perempuan tak sama. Walaupun tomboy ke apa ke, terdpat satu garis halus yang memisahkan hati dan perasaan ni.

Orang perempuan hatinya lembut, dan perlu dilayan dengan lembut juga. Lembut tu bukanlah nak dibelai-belai, dimanja-manja.. tapi dihormati, dan dizahirkan perasaan itu.

Misalnya orang perempuan suka jika ditegur “Hai Cik, boleh saya tanya satu soalan.. tapi soalan ni bodoh sikit…” dia tak akan judge orang bertanya itu bodoh, sebaliknya cuba bebaik-baik dan meletakkan dirinya di tempat yang lebih tinggi.

Tapi orang lelaki mungkin lebih straight to the point. Tak perlu mukaddimah panjang-panjang, tanya saja.

Orang perempuan lebih banyak sentuhan emosi. Lelaki pula sebaliknya. Emosi, emosi juga, tapi lebih kepada praktikal. Boss wanita mungkin lebih banyak ‘simpan dalam hati’ dan memanjang-manjang benda kecil. Sedangkan boss lelaki lebih kepada “business is business, personal is personal”. Lepas marah-marah dalam bilik, keluar pejabat boleh minum sama-sama di kopitiam. Mungkin tak ada cakap belakang.

Tips untuk ambil hati boss wanita:

  1. Selalu mengadu dan berkongsi tentang masalah peribadi (yang bukan rahsia) dengannya.
  2. Jangan segan untuk berbual-bual tentang hal yang tidak berkaitan dengan kerja.
  3. Menggunakan perkataan “.. silly question..” tidak menjadi masalah kerana dia faham bahasa ‘berbasa-basi’.
  4. Tunjukkan komitmen dalam pekerjaan dan selalu merujuk padanya.
  5. JANGAN merungut atau mengerling mata kepada beliau.

Ambil hati, bukan bodek. Sekali sekala kita perlu mengalah sikit untuk mencari keharmonian di tempat kerja. Pejabat kan rumah kedua kita, biarlah ia harmoni dan bahagia, tak gitu?

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge