Trailer Mission Impossible : Ghost Protocol
Mission Impossible – Ghost Protocol (juga dikenali sebagai Mission: Impossible IV) ialah sebuah filem aksi bakal menemui penonton akhir tahun ini. Ia adalah edisi ke 4 dalam siri filem Mission Impossibe.
Masih lagi diterajui oleh Tom Cruise, memegang watak sebagai IMF agent, Ethan Hunt.
Menurut sumber, Tom Cruise enggan melabel filem ini sebagai Mission Impossible ke 4 dan mahu ianya dikenali dengan hanya tajuknya Mission Impossible – Ghost Protocol. Bagi Cruise, setiap siri filem MI dianggap unik dan berbeza. Tiada kesinambungan dari jalan cerita dan gaya pengarahan yang berbeza.
Kali ini, pengarah Brad Bird terpilih untuk mengarahkannya selepas John Woo. Brad dikenali sebagai pegarah dan penulis filem Disney/Pixar’s The Incredibles (2004) and Ratatouille (2007). Beliau juga pernah mengarahkan beberapa episod siri kartun popular “The Simpsons”.
Saksikan trailer yang baru sahaja direlease untuk tontonan umum, semalam 28/6/2011.
PS: Ada adegan stunt @bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai!
Mission Impossible: Ghost Protocol dibintangi oleh Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Josh Holloway, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Lea Seydoux dan Anil Kapoor. Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2011.







best woo cite ni…bukan saja aksi, malah kelakar juga..haha…jemput baca review di kakiwayang.com…