yoyooh

Nur Kasih = Nangis?

Hai! Kali ni saya buat review filem lagi. Takpelah nanti lain kali cerita pasal gadget pulak, boleh? hahahaha. Okay! Jadi semalam saya baru je berkesempatan menonton filem arahan kabir bhatia yang mendapat promosi yang superb dan sangat hebat ni. Setakat 25 Mei 2011 , Filem ini telah mengutip RM3.5 Juta. Wow boleh dibanggakan!Walaupun taklah sebanyak kongsi yang ENTAH APA APA TU! Hakikatnya, Nur Kasih seronok ditonton dan memang certain scene korang nangis dalam senyum. err saya tak nangis, pegi dengan kawan mana buleh :p

Saya Bagi 4.9 Bintang untuk filem ni dari 5 bintang atas kecekalan Nur Amina mencari suami dia! Dan Adam Hassan yang mencari cincin yang terjatuh masa keretapi eksiden. Which is, kalau kita fikir semua, kurang logik untuk dijadikan filem. Tapi inilah Nur Kasih The Movie! Jom tengok review saya dulu, lepas tu nilai dan pegi tonton sendiri:

1. Apa yang saya rasa 50% audiens looking forward dalam filem Nur Kasih The Movie ialah sinematografi yang superb. Kawalan tona warna dan shot shot yang menarik dari abang labu sebagai director of photography. Cantik! Sangat sangat cantik! Saya sangat suka, di beberapa scene, saya tersebut WOW dan STYLE! Malangnya, untuk keseluruhan cerita, saya lebih prefer sinematografi drama bersiri, which is lebih cool dari movie.

2. Untuk skrin sebesar layar perak, aspek aspek teknikal macam greenscreen perlu diambil kira. Scene dalam keretapi, tingkap adalah greenscreen sebenarnya. tak nampak kecacatan disitu. Tapi masa bawak kereta, gegaran dalam kereta dengan gegaran background nampak tak berapa sekata.

3. Dari segi jalan cerita, Mira Mustaffa selaku penulis skrip memang hebat! Dia taknak orang tangkap feeling sangat tengok cerita ni. Sebab tu, bila tonton filem ni, korang tak sempat nangis jangan maki. Mira Mustaffa cuba mengawal emosi penonton supaya tak over feeling untuk beberapa part supaya tak hilang perhatian untuk scene yang seterusnya. Sebab tu diselitkan jenaka sikit sikit untuk meredakan ketegangan.

4. Malangnya, ada beberapa scene yang sepatutnya serius macam “mak doa adam pergi dengan selamat” jadi bahan lawak penonton pulak. Lagi lagi scene Mia Sara cakap “nasib baik sakit sikit, kalau sakit banyak nanti meninggal ha” gelak lagi satu panggung.

6. Dari segi dialog – dialog yang dilontarkan , memang boleh meruntun jiwa penonton yang melihatnya, padahal, dialog dia sangat sangat simple. Tapi lepas aku dengar dialog tu, aku terpandang segerombolan minah rempit pakai topi pusing kebelakang, menangis lah!

7. Islamiknya dalam filem ni, ia lebih kepada keredhaan. Something macam, kita dah usaha, tawakal je lah apa yang akan terjadi selepas tu. Filem ni macam banyak sangat scene nazak. Sekejap Nur nazak lepas tu Adam nazak. time time nazak tu lah yang best. masa tu orang nangis nangis tu. Hakikatnya, Cerita ni sangat sweet, cerita mula berkembang lepas hilangnya cincin Nur masa keretapi diorang eksiden. Masa dia jumpa balik cincin tu yang best tu. habis sweet dah tu!

8. Originaliti yang terdapat dalam filem ni. Disini sebab utamanya kenapa korang kena tonton filem Nur Kasih The Movie. Korang takkan jumpa mana mana scene filem cinta yang biasa korang tonton dalam Nur Kasih The Movie.

THUMBS UP FOR NUR KASIH THE MOVIE , THE SERIES , KABIR BHATIA , MIRA MUSTAFFA AND THE CREW!
Untuk review yang lebih personal: http://ashraffmokhtar.blogspot.com  :)

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge