Kerana trend atau rasa?
Macaroons…. Red Velvet…. Tutti Frutti…. Chocolate Lava…. Durian Pancakes… Apa lagi?
Apa lagi manisan yang meletop hot sekarang?
Secara jujurnya….
Dah menjadi satu fenomena dan trend, satu yang mengwar-warkan.. Berduyun akan mencuba.
Persoalannya disini, adakah ianya betul-betul sedap atau dikejar dan dimahu kerana trend? Kerana populariti?
Red Velvet contohnya, hanyalah sepotong kek biasa yang mana kekuatannya terletak kepada kebalduan (kelembutan) tekstur kek tersebut dan juga the topping cream.
Gagal dua benda penting ini, gagal lah Red Velvet tersebut.
Tetapi, kebanyakkan kedai atau bakeri tidak konsisten didalam penyediaan Red Velvet ini. Jadinya harga yang dibayar tidak berbaloi dengan rasa dan kepuasan yang sepatutnya…
And yes, all these sweetness doesn’t come cheap.
Dan tidak jua dinafikan, internet sekarang memainkan peranan yang amat luar biasa.
Si A update status facebooknya: “on my way to pavi to buy some red velvet..yummy”
- percayalah, sekurang-kurangnya 5 orang yang ada di dalam friends list si A akan ke Pavillion keesokan harinya.
Si B update status twitternya: “craving durian pancakes..:( ”
- semua followersnya akan mention immediately suggesting where’s the nearest grab dan pulak siap ajak lepak jumpa sekali to enjoy the durian pancake together.
Si C update blognya entittled: “Macaroons love..yummy”
- siap dengan gambar.. Bermacam warna.. Explain pulak in details betapa manis sedap likat meletop setiap flavor yang dibeli. Sah-sah readers nya cari sampai dapat and update pulak di blog masing-masing and so on…
Jadi persoalannya disini…
Kerana rasanya?
Atau
Kerana popularitinya?
My opinion? Kerana popularitinya.







