Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2-Final Trailer- AWESOME!!!

Akhirnya trailer ke dua(terakhir) untuk filem epik fantasi ‘Harry Potter and the Deathly Hallows Pt2, telah disiarkan secara rasminya pada 16 June 2011, (waktu Malaysia pada 17 June, jam 7.15 pagi)
Apa yang boleh penulis simpulkan, adaptasi terakhir JK Rowling ini mampu menandingi keunggulan bahagian pertamanya yang mencatat kutipan box office seluruh dunia. Mengimbas semula penamat bahagian pertama, Lord Voldermort (Academy Award Nominee: Ralph Fienes) telah berjaya mencuri Elder Wand kepunyaan mendiang Albus Dumbledore (Micheal Gambon), pengetua Hogwarts dalam usahanya membunuh Harry Potter (Daniel Radcliffe)
Bahagian ke dua diteruskan dengan misi trio Harry, Ron dan Hermione memecah masuk ke Bank Gringgots (bank ahli sihir) dengan bantuan Goblin Griphook dalam usaha mereka memusnahkan baki ‘Horcrux’ iaitu rahsia Lord Voldermort untuk kekal abadi.
Trailer ke dua ini juga menunjukkan beberapa babak penting seperti pertemuan Harry dengan mendiang ibunya Lily, perlawanan Molly Weasley (Julie Walters) dengan Bellatrix Lestrange (Academy Award Nominee:Helena Bonham Carter) selain pertempuran terhebat Hogwarts!
Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 akan dijadual ditayangkan pada 15 Julai 2011 worldwide.






