Tips Menyambut Tetamu Ad-Hoc!

Tips Menyambut Tetamu Ad-Hoc!

Tetamu adhoc atau tetamu yang tiba-tiba beritahu nak datang ke rumah kita pada waktu makan kadangkala memeningkan kepada juga. Kita kalau boleh tak mahulah pula layan dengan teh O dan biskut kering je, mungkin tetamu kita lapar. Nak masak-masak mungkin tak sempat. Jadi apa yang perlu dibuat sekiranya ada tetamu adhoc macam ni?

1. Bekas Makanan

Tak sempat nak masak… tapau saja. Tapi janganlah pula hidangkan dalam bekas tapau tu.. Walaupun cuma nasi goreng, hidangkan dalam bekas yang menarik, gunakan pinggan yang paling cantik. Tetamu kita pun akan rasa selesa.

2. Rahsia

Tak perlu beritahu “Tapau je, tak sempat masak”, melainkan jika ditanya.

3. Deco Ringkas

Buat sedikit hiasan ringkas supaya tak nampak sangat kita sebenarnya tengah kalut. Kalau sempat ikat reben pada kutleri pun dah nampak unik.

4. Centerpiece

Kalau tak ada jambangan bunga, letak je sebakul buah-buahan, atau apa saja yang menjadikan meja makan lebih indah dari biasa.

5. Makan di luar

Ini mungkin lebih mudah, bawa saja tetamu makan di luar, di tempat yang istimewa, sebaiknya bukan warung yang bising. Tak perlu ke restoran mahal, kopitiam mungkin boleh menjadi salah satu pilihan.

Jadi, tak perlu berasa tertekan sekiranya kita sering menerima panggilan telefon untuk bertamu di waktu-waktu sepatutnya kita menjamu selera. Cubalah tips-tips di atas, semoga tetamu kita lebih gembira dan kita pun dapat extra pahala!

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge