parentingyoyooh

Trend Ibubapa Moden : Kembali Kepada Asas

 

Kembali kepada asas, atau “back to basic” kini menjadi begitu popular. Salah satu punca kenapa trend ini diterima ramai ialah konsep kehidupan hijau atau “green living” yang bersangkut-paut dengan kembali kepada asas ini.  Mari kita tengok apakah langkah-langkah yang dibuat oleh ibubapa moden yang mula kembali kepada asas ini:

1. Penyusuan susu ibu

 

Penyusuan susu ibu bukan saja semulajadi malah menjimatkan dan ia sangat baik untuk perkembangan bayi. Dengan perkembangan dalam dunia penyusuan, kini ibu-ibu moden yang bekerja sepenuh masa juga mampu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.

 

Gadjet penyusuan untuk ibu bekerja

 

Pencemaran juga dapat dikurangkan dengan kurangnya tin-tin susu dibuang. Malah, ia memudahkan para ibu moden untuk keluar dan melakukan sebarang aktiviti bersama bayi. Tidak perlu membawa sebarang beg tambahan!

2. Gendong bayi

 

Gendong bayi atau “babywearing” adalah teknik di mana ibubapa mendokong bayi dengan menggunakan bantuan alat gendong. Dengan ini bayi akan sentiasa dekat dengan ibu berbanding dengan meletakkan bayi di dalam kereta sorong bayi. Teknik gendongan ini sudah lama diamalkan terutama bagi masyarakat di mana para wanita juga bekerja, misalnya di ladang. Dengan menggendong bayi bersama, bayi lebih selamat dan bagus bagi perkembangan otaknya.

3. Lampin kain

 

 

Penggunaan lampin kain kini kembali. Namun kini lampin kain dikenali sebagai lampin kain moden atau “cloth diapers” ini tentunya selari dengan trend fesyen semasa. Tidak lagi seperti zaman dulu di mana sehelai kain lampin dilipat dan dipin, ataupun dilapik dengan plastik. Kini lampin kain lebih bercorak, selesa dengan pelbagai jenis bahan resapan yang lebih sesuai untuk ibu-ibu moden.

 

 

Lampin kain pilihan ibu moden

 

 

Penggunaan lampin kain mengurangkan pencemaran di mana tiada lagi lampin pakai buang yang digunakan! Malah ia begitu menjimatkan kerana lampin yang sama boleh digunakan berkali-kali, malah ada yang boleh disesuaikan dari bayi baru dilahirkan hingga ke usia yang sesuai untuk latihan ke tandas.

Betul kata orang, dunia ini ibarat roda. Masa kita kecil dulu, kita tak sangat lemah, tak berdaya dan mengharapkan ibubapa untuk menguruskan kita. Bila dah tua, kita kembali tak berdaya, lemah dan mengharapkan anak-anak untuk menguruskan kita. Dunia semakin tua, dalam arus kemodenan kini masyarakat kembali kepada kehidupan natural. Mungkin kerana bumi sudah semakin tua, jadi ia perlu kembali kepada yang asas.

Dah bersedia untuk back to basic? ;)

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge