Green Clapper Board

Senarai Filem Melayu Akan Datang: Perlukah Selektif?

Sinema Malaysia, terutama industri perfileman Melayu menunjukkan perubahan maha berkembang. Melihat dari senario positif itu, penulis dapat mengandaikan perkembangan ini adalah sesuatu yang baik, selain pilihan genre yang bervariasi. Secara peribadi, pemilihan judul merupakan elemen terpenting sesebuah filem selain tunggak pengarah, pelakon serta  jalan ceritanya.

Disenaraikan judul filem Melayu akan datang, yang penulis rasa mampu mencetus rasa ingin tahu audiens untuk menontonnya di pawagam. Err… Astro First duduk tepi dulu, ya!

1) Pontianak VS Orang Minyak

2) Jidin Sengal

3) Suatu Malam Kubur Berasap

4) Adnan Sempit 2

5) Seram Sejuk

6) Hantu Dalam Botol Kicap

7) Papa, I Love You

8. Halim Munan

9) Lagenda Budak Setan 2: Katerina

10) Sumpahan Kum Kum

11) Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

12) Cinta Kura-Kura

13) Aku, Kau Dan Dia

14) Tolong! Awek Aku Pontianak

15) Hijab The Movie

16) Pe3

17) Alamak! Toyol

18) Senario The Movie Ops Pocot

19) Adik Manja Returns

20) Hantu Bonceng

21) Sesuatu Yang Tertinggal

22) Klip 3G

23) Ombak Rindu

24) Untuk Tiga Hari

25) Songlap

26) Bujang Terlajak

27) Bunohan

28) Mantera

29) Karipap-Karipap Cinta

30) Berani Punya Budak

31) Apokalips

32) Papadom 2

33) Alamaya

34) Awan Dania The Movie

35) Keramat

36) Hanyut

37) Libas

38) Misteri Jalan Lama

39) Shh Dia Datang!

Maaf judul-judul ini penulis ambil dari sini.

Lebih dari tiga puluh judul!

Persaingan ini sangat sihat dan jika kita membuat perbandingan dengan situasi pengeluaran filem Melayu sekitar tahun 2000 yang mana penerbit filem agak sukar menerbitkan filem di waktu itu kerana bajet dan teknologi yang menjadi kekangan. Kalau ada pun filem-filem berskala besar seperti Leftenen Adnan dan Embun.

Apa-apa pun, melihat dari filem-filem yang disenaraikan, audiens perlulah bijak memilih. Sekali sekala jadilah selektif dalam menonton filem agar apa yang kita laburkan, berbaloi. Itu baru namanya berlibur! (senyum)

Penulis paling menantikan beberapa karya adaptasi seperti novel Joseph Conrad ‘Hanyut’, mengisahkan pencarian pedagang barat dalam usaha mencari gunung emas serta konflik dengan isterinya yang manipulatif serta anak perempuannya Nina yang jatuh cinta dengan pemuda tempatan, Dain Maroola ataupun karya terlaris Fauziah Ashaari, Ombak Rindu.

Beberapa filem menarik lain seperti aksi ‘Bunohan’, mistik-fantasi ‘Misteri Jalan Lama’ , kesinambungan fenomena Hantu Kak Limah Balik Rumah- ‘Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit’ serta romantik komedi tentang haiwan peliharaan yang boleh berkata-kata dalam ‘Cinta Kura-Kura‘ antara senarai wajib untuk ditonton.

 

 

One Comment

  1. edzlin007 says:

    nak tgk cinta kura2, apokalips, dan mantera. yg ni bias sbb ada fav dlm tu.

    yg betul2 kata hati…. bunohan, husin, mon dan jin pakai toncit

Leave a Comment

CommentLuv badge