gender

Owh Lelaki.. Owh Perempuan

Kalau nak bercerita mengenai genderism ni.. 40 hari belum tentu habis. Subjek yang sangat subjektif dan percaya atau tidak, faktor utama pembawakan watak seseorang itu sebenarnya berpunca dari cara didikan dan background seseorang itu sendiri.

Ye.. Mesti ada yang terkejut bila saya katakan yang sifat seseorang itu lebih dibentuk oleh didikan dan latar belakang dan kemudiannya barulah faktor jantina.

Pergaulan semasa kecil.. Aktiviti riadah yang diceburi.. Golongan yang dicampur.. Dan rutin harian yang dilalui…
Semua ini lah sebenarnya yang menyumbang kepada faktor sifat seseorang…

Kenapa saya terpanggil untuk bercerita mengenai topik ini?

Sebab utamanya, kerana, terlalu banyak pandangan dan pendapat yang masyarakat kini terlalu cenderung menyebelahi jantina masing-masing.

Contoh terkini.. Isu mengenai pemandu wanita. Walaupun isu tersebut adalah berdasarkan statistik majoriti, tetapi masyarakat kita pada amnya bersetuju sebulat suara tentang kesemua fakta mengenai pemandu perempuan.

Itu hanya contoh yang saya tak nak huraikan.. Hehe

Sebab itu, kadang-kadang kita terlepas cakap.. “Eeeiii..macam perempuan perangai..” Atau, “Eeeeeiii… Apa macam jantan ni???..” … Kan?

Hakikatnya…. Sifat kita semua ni, adalah lebih kurang sama je.
Mungkin yang perempuan lebih sensitif, lembut, keibuan, perihatin, teliti…
Dan bukannya lelaki tiada sifat-sifat tersebut tetapi lelaki lebih macho, gagah, kasar…

Tetapi, secara keseluruhan, kita semua tak kira lelaki atau perempuan mempunyai sifat yang sama. Cuma mana yang lebih menonjol dan dijadikan habit atau cara hidup..

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge