kenangan-mengusik-jiwa-60-an-500x710

Kenangan Mengusik Jiwa 60an..Lebih kepada nyanyian?

 

 

Rabu yang lepas Adie telah berpeluang menyaksikan Teater  muzikal “Kenangan Mengusik Jiwa 60an” di Istana Budaya. Walaupun ADie dilahirkan pada tahun 80an, tetapi irama dan lagu tahun 60an bukanlah asing bagi diri Adie.

Teater muzikal ini mengisahkan Rey kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri dan akhirnya bertemu kembali dengan rakan-rakannya setelah hampir 30 tahun tidak bertemu. Pertemuan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej dahulu. Dari awal mereka masuk ke kolej, sehingga tamat pengajian, dipaparkan bagaimana hubungan Rey dengan Rose tercetus dan bagaimana terputus sehingga ianya benar-benar menghantui fiikiran Rey.

 

Latif Ibrahim & Ana Raffali di awal pembukaan teater menyanyikan lagu “Kalau Berpacaran”

 

Teater muzikal  ”Kenangan Mengusik Jiwa 60an” bagi Adie lebih memfokuskan kepada lagu dan irama zaman 60an berbanding daripada kisah cinta antara Rey, Rose dan Azizan. Walaupun begitu, teater muzikal ini masih mempunyai kekuatan dan tarikannya yang tersendiri. Adie pasti, peminat-peminat lagu-lagu irama tahun 60an pasti tidak akan melepaskan peluang menyaksikan teater muzikal ini. Dengan kemunculan beberapa artis 60an yang merupakan lagenda di zaman 60an sudah pasti ianya akan membuatkan peminat-peminat irama 60an mengimbau kembali kenangan mereka di zaman tersebut.

 

Bibit percintaan awal antara Rey & Rose


Teater lakonan Dafi (Rey 60an), Ana Raffali (Rose 60an), Latif Ibrahim (Rey 2011), Saida AF (Rose 2011), Halil Chik (Azizan 2011), Liza Abdullah, Radhi Khalis, Iqbal Mazlan (Azizan 60an), Arja Lee (Munir), Azrul (Raja Lawak) dan Baby Erin (Nani) bakal dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun ini di Istana Budaya. Selain daripada itu, lagu popular 60-an dinyanyikan oleh penyanyi Datuk Ahmad Jais, A. Halim, A. Rozaine, A. Rahman Onn, Fatimah W. Amin, J Sham dan Hussein Ismail diiringi oleh kugiran The Rythms 60′s dan The Wanderers.

Mungkin kerana terlalu memfokuskan kepada nyanyian, teater muzikal ini mengambil masa 2 jam 50 minit.  Oleh kerana itu, setelah pementasa media, pengarahnya Lokman Ghani akan mengolah skrip dan akan memotong beberapa adegan agar teater muzikal ini berlangsung selama 2 jam.

Secara keseluruhannya, Adie berpuas hati dengan teater muzikal ini. Pemilihan lagu dan kemunculan artis-artis zaman 60-an mendendangkan lagu-lagu popular mereka di zaman 60an sungguh mengujakan Adie kerana selama ini Adie hanya mendengar lagu mereka sahaja tanpa melihat mereka menyanyi secara langsung.

 

Hussein Ismail mempersembahkan lagu Poniah


DAri segi lakonan pula, Halil Chik , Latif Ibrahim , Liza Abdullah, dan Radhi Khalid  langsung tidak perlu dipertikaikan. Manakala Dafi dan Ana Raffali yang pertama kali berlakon teater ternyata tidak mengecewakan. Begitu juga dengan lakonan Arja Lee dan Baby Erin. Dengan kebolehan berlakon dan juga menyanyi ternyata mereka berjaya membawakan watak masing-masing. Walau bagaimanapun, ADie agak kecewa dengan lakonan Saida AF yang Adie rasakan masih malu-malu di atas pentas. Tapi apapun, Adie tetap ucapkan tahniah kepada Saida walaupun menghadapai krisis rumah tangga, masalah itu tidak menggugat beliau untuk meneruskan pementasan teater muzikal tersebut.

 

Pertemuan semula yang akhirnya menrungkai segala pertanyaan Rey mengenai Rose


Di dalam teater muzikal ini, anda akan dapati watak-watak sampingan atau sidekick yang sungguh mencuit hati seperti Azrul dan Tahir di dalam kumpulan Munir (Arja Lee) ,Rogayah di dalam kumpulan Nani (Baby Erin) serta Azizan dan Ah Khow dalam kumpulan Rey (Dafi). Ternyata segala pergerakan dan pecakapan mampu membuat para penonton ketawa.

 

Munir (Arja Lee) dengan rakan-rakannya. Lakonan dan nyanyian Arja Lee harus dipuji


Bagi yang ingin menyaksikan teater muzikal ini, pementasan akan bermula pada 27 Mei sehingga 5 Jun 2011 dan untuk maklumat berhubung dengan penjualan tiket sila klik pautan ini. Harga tiket adalah RM60, RM106, Rm160, dan Rm260.

Kalau ada yang bakal menyaksikan teater muzikal ini, jangan lupa berikan komen anda disini setelah menyaksikannya nanti. Selamat menonton

 

 

One Comment

  1. aina says:

    mcm x berapa nak best sbb xminat irama 60an

Leave a Comment

CommentLuv badge