Jom Food Hunt jom!!
Hai hai hai semoranggg!!!
Siapa kat sini tak suka makan, sila stop baca post ni okay? Tapi kalau nak baca pun boleh je.
Tahu tak apa itu “Food Hunting”? Atau dalam Bahasa Malaysia nya “Memburu Makanan”?
Kalau tak tau, meh sini Abang Abir nak bagitau ni.
Food Hunting ni adalah aktiviti memburu makanan di mana sahaja makanan itu berada. Tak kiralah kat kedai makan ke, restoran ke, tepi jalan ke. Mana-mana je lah. Tapi kalau kat dapur tu, bukan food hunt namanya ye. Tu namanya kuat lantak. Makan je keje.
Okok. Food Hunting ni kan sebenarnya boleh dikatakan hobi baru ramai orang sekarang. Apa, ingat hobi tu macam mengumpul setem, mengumpat atau surfing internet je ke? Food hunting ni boleh dikira hobi jugak tau. Sebabnya, ramai orang suka cari makanan best untuk memuaskan nafsu makan sambil mengisi masa lapang. Yelah. Bila kita tau je pasal makanan sedap atau unik kat mana-mana, mesti nafsu makan tu turn on je kan?
Macam Abang Abir kan, abang cukup suka food hunting ni. Bila terdengar atau terbaca je pasal tempat-tempat makan best, terus berdesuuuup pergi. Cakap je kat mana. Tak kesah langsung. Yang penting puas hati. Sanggup tu drive ke Subang Jaya, Kajang, Bangi, Petaling Jaya dari Ampang ni. Bukan apa, sebab kat Ampang ni rasanya dah khatam dah semua tempat-tempat makan best. Heheh.
7 Sebab yang membuatkan Food Hunters ni rasa gelisah dan tak keruan ialah :
- Dapat tahu ada tempat makan yang masak makanan pelik tapi sedap yang tak pernah rasa.
- Tengok gambar kat internet tempat makan atau makanan yang cambest jek.
- Dapat tahu yang makanan kat tempat tu unik dan ade identiti tersendiri. Maksudnya takde kat tempat lain.
- Time tengok favourite show Food Hunters semua ni. Apa lagi kalau bukan Jalan-jalan Cari Makan.
- Dapat tahu restoran tu best dan makanan dia murah lagi sedap.
- Bila dengar kawan-kawan cakap kat mana dorang makan dan kita tak pernah tau pun pasal tempat tu. Berasappp.
- Bila perut lapar dan mengidam nak makan lah.
Food Hunters ni ade beberapa golongan. Pertama, yang cari makanan sedap dan berkualiti. Yang kedua, suka cari makanan unik dan jarang ada kat tempat lain. Yang ketiga, suka cari restoran yang menarik dan best environment nak lepak. Yang keempat, yang suka cari tempat harga-harga murah. Tapi kan, persamaan ketiga-tiga golongan ni ialah, kalau hati dah suka, datang banyak kali pun tak kesah. Boleh jadi pelanggan tetap lah kiranya.
So semorang, apa tunggu lagi? Jomlah cari tempat-tempat makan best pastu share lah kat sini… Oklah semorang. Jumpa lagi nanti.








apa kata yoyooh listkan semua tempat makan best2 pastu readers terjah dan bagi feedback.
xpun buat poll.
mana menang tempat tu yoyooh bagi ler trofi ke apa ke..hehe
macam style jugak kan Endy?
mesti bertambah terliur laaaa nantii