yoyooharts

Budaya Menghargai ‘Seni’.

Seni adalah asas kepada sebuah masyarakat yang berbudaya (Cultured). Ok, Sebelum artikel ini menjadi semengantuk artikel atau jurnal yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa, saya fikir elok kita skip sahaja perenggan pengenalan yang membosankan kerana poin utama yang saya cuba sampaikan adalah mengenai hubungkait ‘seni’ dengan ‘masyarakat yang berbudaya’.

Saya fikir agak bosan kalau saya ulang dan ulang perihal kepentingan ‘seni’ ini. Semua orang yang sudah mencapai usia baligh dan reti membaca tahu apa itu seni. Tidak kisahlah ianya muzik, ukiran, tarian, nyanyian, penulisan, lukisan, skulptur, arkitektur…etc… atau medium seni paling moden iaitu filem.

Sekarang campak jauh-jauh kalau ada bayangan seni itu mestilah berzapin, mewayang kulit, dikir barat, atau M. Nasir. Kita tengok seni dalam bentuk yang lebih ‘pop’.  Seni tidak semestinya tradisional, ianya boleh jadi pop, atau lebih moden, kontemporari lebih tepat, atau yang lebih radikal pasca-moden. Seperti rakan editor Yoyooh si Silbi Abigail yang into muzik counter culture yang undergorund (atau saya syak mamat ini dari gerombolan peminat muzik metal), ianya juga adalah seni tidak kisahlah betapa jauhnya muzik tersebut tersasar dari arus perdana atau mainstream.

Ahh, nampaknya saya gagal untuk tidak mengkomplikated kan gaya penulisan. Ok, saya permudahkan, apa yang saya nak beritahu di sini adalah apa sahaja yang terkeluar dari daya kreativiti kepala otak mana-mana individu dan dizahirkan dalam apa sahaja medium baik muzik, seni halus, tarian…etc… mahupun filem adalah hasil SENI. Biarpun anda tak boleh layan atau tak masuk langsung dan tak kena langsung dengan jiwa. Ianya adalah seni. Ianya perlu dihormati dan diberi penghargaan.Apatah lagi sekiranya ianya dipertontonkan dan dipersembahkan kepada anda.

Sekarang kita sudah masuk ke bahagian pertengahan artikel, Ok, sudah tiba masanya tepat kepada poin. Kita lupakan generasi lama yang sudah jadi buluh ‘meriam’ di tepi sungai itu, artikel ini untuk generasi muda yang masih lagi ‘rebung’ buluh madu yang manis untuk digulai lemak. Malaysia sudah moden, kita sudah maju. Tapi sayang, mentaliti dan sikap kita terhadap karya seni sangat menyedihkan.

Kita masing-masing ada band yang kita suka, ada penyanyi yang kita idolakan, kita ‘move’ gila dengan lagu dendangan diaorang, tapi sayang…bila nak dengar lagu diaorang, ambil contoh paling pop sekarang Justin Bie…errr…tukar…tukar kita ambik contoh Bruno Mars – Grenade, atau Aizat – Sungai Lui,  kita google kat bahagian search kita taip ‘free Mp3 Bruno Mars’ atau ‘ Mp3 percuma/gratis Aizat Sungai Lui’.  Alamak… macam ini ke kita sokong artis yang pecah kepala menghasilkan karya seni? Sebagai golongan generasi muda yang cultured atau berbudaya serta mempunyai kelas yang tersendiri dan tidak haprak, kita tahu bahawa perbuatan memuat turun lagu itu adalah keji dan hina malahan jijik. Jangan buat. Sekarang boleh beli dan memuat turun lagu tersebut secara sah. Bukan susah pun. Atau beli VCD yang original.

Serius, tidak rasa berdosa ke kita curi hasil titik peluh penyanyi-penyanyi / pemuzik-pemuzik ini dengan secara haram memuat turun lagu-lagu mereka? Dah jangan buat, perbuatan ini lebih hina dan lebih busuk dari ikan mati. Dengan membeli dan memuat turun lagu secara sah kita menunjukkan bahawa kita menghargai seni tersebut. Jangan jadi haprak dan kutu yang menghisap darah…

Dan kalau boleh, pergilah ke konsert atau gig, rasakan pengalaman ‘live’ persembahan muzik. Ianya lain, dan ianya adalah satu budaya apresiasi seni muzik yang paling utama.

Begitu juga dengan filem, bagi filem-filem yang mungkin sukar di dapati, mungkin rasanya boleh lah kita manfaatkan kemudahan internet ini untuk memperolehinya, tetapi bagi filem-filem baru yang ditayangkan di panggung, adalah mulia sekiranya anda ke panggung untuk menontonnya, budaya ke panggung ini semakin memberangsangkan sejak kebelakangan ini, ianya adalah satu perkara yang bagus dan positif. Kuasa sinema di panggung lebih hebat dan memukau, anda bayar dan anda tonton dengan selesa, bersama teknologi bunyi yang canggih dan fokus anda tidak akan teralih dari skrin. Tidak ada gangguan rakan lalu lalang di belakang anda, atau bau sambal tumis dari dapur mak anda. Cuma sebagai seorang penonton yang berbudaya dan beradab, jangan lupa untuk senyapkan telefon bimbit anda, jangan membalas teks di dalam panggung kerana anda pasti tahu betapa sakitnya hati apabila fokus anda terganggu kesan dari cahaya telefon bimbit penonton yang duduk di bahagian depan atau tepi anda. Serta satu undang-undang yang paling common, jangan bercakap di dalam panggung. Ianya amat biadab malahan satu tindakan yang secara universalnya dianggap ‘bodoh’… Ingatlah sesiapa yang membaca artikel ini supaya jangan, jangan, dan jangan lakukan perkara-perkara larangan tersebut kerana ini adalah adab penontonan panggung yang asas.

Selain di panggung, terdapat banyak anjuran tayangan-tayangan filem pendek yang diadakan, sekali sekala pergilah join tayangan-tayangan filem pendek tersebut kerana flilem-filem pendek kebiasaannya merupakan hasil karya yang berlainan dari filem-filem komersil. Anda tidak akan rugi. Malahan ianya adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan baru. Cuma mungkin tempat-tempat tayangan tidak seselesa di panggung namun sila praktiskan adab dan peraturan seprti mana anda di panggung berbayar semasa menonton filem pendek, ini kerana filem pendek juga merupakan sebuah karya seni yang harus dihargai dan dihormati walaupun anda tidak membayar untuk menontonnya.

Sebagai seorang ‘muda’ yang ‘cool’ dan ‘cultured’ serta sudah tentunya educated, kita mesti berbudaya. Kita berbudayakan membaca hasil-hasil sastera dalam dan luar negara, kita berbudayakan melihat pameran seni halus / serta lukisan dan mengkaguminya, kita berbudaya menonton filem-filem yang bagus dan menggerakkan minda, kita berbudaya dengan menonton teater dan meghargai seni lakonan dan keseluruhan pementasan tersebut. Menghargai seni adalah satu budaya yang seharusnya ada di dalam setiap generasi muda yang ‘cool’.

Saya terfikir akan sambungan dari artikel ini, tetapi untuk kali ini sekian dulu, oh ya, sebelum saya tekan butang kekunci noktah, saya mahu kuot kata-kata seniman agung Tan Sri P. Ramlee, iaitu ‘ Seni adalah salah satu dari kerja Tuhan’ maknanya baik pengkarya mahupun yang dengar cubalah menghargai karya seni sebaik-baiknya.

 

 

2 Comments

  1. Abir Abhar says:

    like this post ares..
    kepada yang tengah makan cili tu,
    dah rasa kan pedas dia?
    haha

  2. silbiabigail says:

    thanks bro amik kawan jd contoh.. hahaha.. ramalanmu benar belaka..
    seni tu luas.. air kopi yang tumpah dari cawan di atas kertas atau lantai juga punya seninya.
    malangnya, ramai daripada kita menganggap seni itu adalah seni lukis seperti mata pelajaran di sekolah. dan berapa ramaikah daripada kita yang mengambil serius di kelas seni lukis?
    pemgalaman kawan, seorang dari jerman bayar 70inggit untuk pallette kaler kawan.. pallete plastik budak sekolah jer tu..

Leave a Comment

CommentLuv badge