“ah lan wah sah lan”…
Jika anda sering melalui Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur anda pasti akan melihat sebuah bangunan batu dengan reka bentuk istana lama Arab tanpa bercat yang tersergam indah. Mungkin ramai yang beranggapan bangunan ini seperti bangunan yang belum siap dibina.
Al-Rawsha diambil sempena nama sebuah batu besar yang terdapat di Beirut, Lebanon. Tiada siapa menyangka bahawa bangunan tersebut merupakan sebuah restoran makanan Arab. Di hadapannya tertulis papan tanda Restoran Al Rawsha, sebuah restoran Arab yang menghidangkan makanan Lebanon dan Arab Yaman.
Menurut salah seorang pengarahnya, Sharifah Zainab Syed Ahmad ini merupakan cawangan kedua Restoran Al Rawsha di mana cawangan pertama terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur yang dibuka pada 2004. Selain dari itu, ini merupakan makanan Arab pertama yang menyediakan kemudahan drive thru (pandu laju) yang dibuka 24 jam.
Tambahnya lagi, beliau dan suaminya, Toufic El-Ozeir memilih lokasi sekarang kerana mahukan sebuah kawasan yang besar dan luas. Ini kerana di Kuala Lumpur memang sukar mendapatkan tanah yang luas. Restoran dua tingkat yang terletak di kawasan seluas satu ekar dengan keluasan lantai 3,000 kaki persegi ini boleh memuatkan seramai 1800 hinga 2000 orang pada satu-satu masa.
“Di sini terdapat 200 jenis masakan Arab yang amat digemari oelh golongan VIP, golongan istana mahupun orang kebanyakan. Bukan sahaja orang Melayu atau pelancong Arab malah orang Perancis, Rusia dan bangsa-bangsa lain di Malaysia juga mengemari makanan Arab kerana cara masakan di sini menyihatkan di maa nasi, kambing dan ayam dimasak dengan cara ditanam di bawah tanah.
Lamb Mandy
Lamb Mandy
Mixed Grill
” Sebagai contoh, nasi mandy dimasak menggunakan minyak zaitun dan minyak jagung manakala kebanyakan makanan lain dimasak dengan cara dipanggang. Di antara menu istimewa kami ialah nasi mandy kambing, nasi mandy ayam, makanan Lebanon seperti hummus, makanan yang dipanggang, tabbouleh dan pelbagai jenis manisan, ” katanya yang mengakui sebahagian bahan-bahan mentah seperti rempah di ambil dari Lebanon.
Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis perkahwinan, keraian tidak mengira apa-apa konsep ataupun katering boleh datang ke Restoran Al Rawsha kerana di sini mempunyai ruang yang luas.
Banyak kemudahan yang disediakan di sini bagi keselesaan pelanggan seperti surau yang boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah, bilik bermain untuk kanak-kanak, butik pakaian muslimah, sudut minyak wangi Arab, bakeri roti Arab dan pasar mini yang menjual bahan-bahan masakan makanan Arab.

















1st time makan kat jln damai.. jenuh gak nak mghabiskan nasi mandy ngan kebab.. yg best mint tea dia.. lepak berjam2 pun teh tu tetap panas dlm teko kecil stainless steel.. barbican je yg berbotol2… hahaha..
nasi arab mmg banyak…rasa mcm terlebih baloi kot dengan harganya…samada kita ada empty tank ke tak itu je…so awal2 kena kosongkan apa yang patut…atau pun share jerk…janji dpt rasa..dpt makan…tak kempunan…esok lusa kalu member tanya….leh jer jwb…”haaa..aku xpayah gi Negara Timur…kat Msia pun ada makanan Arab”…tak gitewww
makanan arab menggemukkan! tapi nak cuba gak..heheh