rapidKL

Sistem Tiket Bas Baru Rapid KL

Bagi pengguna perkhidmatan bas, mungkin anda telah pun mengetahui tentang sistem tiket baru Rapid KL yang diperkenalkan secara berperingkat bermula pada 27 Februari 2011 yang lalu.

Bagi yang tidak biasa menggunakan pengangkutan awam khasnya Rapid KL, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut di masa akan datang.  Ini adalah kerana, kemudahan dan sistem perkhidmatan bas di Lembah Klang sedang melalui proses transformasi, jauh lebih baik dari sistem yang terdahulu.

Sistem tiket bas yang baru ini menggunakan kad TnG dan cara untuk membeli dan menambah nilai kad TnG ini juga mudah, boleh dilakukan dalam bas tersebut menggunakan mesin yang disediakan. Selain daripada sistem tiket bas baru, perkhidmatan sokongan tambahan turut diberikan melalui laman web Rapid KL. http://www.myrapid.com.my/ Dalam laman web tersebut anda boleh melihat  harga tambang, status servis laluan, perkhidmatan terkini dan merancang perjalanan laluan anda dengan hanya memasukkan data lokasi tertentu.

Sebarang bentuk aduan atau pertanyaan juga boleh dilakukan secara online selain daripada menghubungi no telefon hotline mereka 03-7885 2585 (7pagi -8.30 malam) pada hari bekerja dan (8.30 pagi – 5.30 petang) pada hari sabtu dan Ahad.

Berbalik kepada sistem tiket yang baru, penambahan nilai juga boleh dilakukan di Mesin ATM dan kedai Serbaneka. Rapid KL turut menerbitkan iklan yang mencuit hati untuk ditonton. Jom! Kita sama-sama tonton iklan tersebut di bawah.

 

 

 

 

4 Comments

  1. NUke says:

    hahaha. ok. ini cool.
    sistem kad pun cool.

    more reason to use rapidkl lpas ni.

  2. razak says:

    iklan dan n3 ni buat aku teringin plak nak naek bas..hehehe

Leave a Comment

CommentLuv badge