Malaysia antara negara paling ‘Friendly’
Sejauh manakah penerimaan golongan ekspatriat di Malaysia tentang budaya rakyat Malaysia? Adakah mereka mampu bergaul dengan baik dengan masyarakat setempat tanpa pra sangka? Adakah rakyat Malaysia ’Friendly’?
HSBC membuat tinjauan di kalangan 4.127 ekspatriat di lebih daripada 100 negara antara April dan Jun2010. Tinjauan tersebut turut disiarkan di laman web Forbes.com
“Tinjauan ini direka kerana, sebagai sebuah perniagaan, kami ingin lebih memahami masyarakat ekspatriat dan isu-isu dan cabaran yang harus mereka hadapi sementara tinggal di luar negeri,” kata Lisa Wood, ketua pemasaran di HSBC Bank Antarabangsa. “Sejak dilancarkan, kami telah menyaksikan hal itu tumbuh menjadi tinjauan terbesar di dunia ekspatriat.”
Tinjauan kepada ekspat dari lebih 100 negara itu dibahagikan dalam empat kriteria : kemampuan untuk bercampur gaul dengan penduduk tempatan, kejayaan dalam mempelajari bahasa tempatan, kapasiti untuk mengintegrasikan diri mereka kepada masyarakat, dan kemudahan di mana untuk mereka masuk ke dalam budaya baru.
Hasilnya? 10 Negara paling friendly berdasarkan tinjauan tersebut ialah…
- Canada
- Bermuda
- South Africa
- United States
- Australia
- Spain
- France
- United Kingdom
- Malaysia
- Germany
Singapura dan Hong Kong tidak tersenarai 10 tangga teratas kerana tidak mendapat respon yang begitu baik dalam kriteria yang berkaitan dengan integrasi ekspat dengan masyarakat yakni pergaulan mereka dengan penduduk tempatan. Kelebihan kedua-dua negara tersebut lebih dari segi intrastruktur seperti pengangkutan, kemudahan sistem kesihatan.
Malaysia berada di tangga ke 9 kerana ekspatriat merasakan amat mudah bagi mereka untuk bergaul dengan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya.
It’s good to know that we treat our guests well. Tahniah Malaysia!







memula td ingat the opposite sbb letak friendly dgn ” lol… wah tahniah2 malaysia lalala~
saja je quote…hehehe
pembaca yoyooh friendly ke x? huhuhu
woot woot. aku tergolong dlm org2 yg friendly! yeah!