Kate Middlestan's Wedding Dress2

Gaun Perkahwinan ‘fairy tale’ Kate Middleston, Pasangan Beckham jadi tarikan

 

Lebih dari satu bilion mata tertumpu pada Kate Middleton saat dia melangkah keluar dari ratu 1977 Rolls-Royce Phantom VI di depan London Westminster Abbey pada hari Jumaat memakai gaun pengantin ‘fairy tale’- gaun yang akan diabadikan dalam sejarah fesyen.

 

 

Selama lima bulan, rahsia berkenaan gaun pengantin tersebut disimpan, menimbulkan  pelbagai tanda tanya dan spekulasi tentang siapa bakal pereka gaun tersebut. Bila tiba masa dan ketika, gaun impian Middleton’s ternyata tidak mengecewakan.

 

 

 

Kate memilih Sarah Burton, pengarah kreatif 36 tahun dari label terkenal Alexander McQueen, mereka design gaun tersebut yang pasti akan diingati dalam kecemerlangan sejarah kerjayanya.

 

 

Turut menarik perhatian dunia fesyen ialah David Beckham dan isteri Victoria Beckham.  David memakai ‘morning suit’ Ralph Lauren, dipadankan dengan tali leher yang lebih terang dan topi rekaan Philip Treacy. Victoria tampil ringkas dan elegan dengan rambut ‘berpony tail’ dengan topi, bebaju ‘navy blue’ yang dipercayai rekaaan Victoria sendiri.

 

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge