Ruang Peribadi Bagi Remaja, Apa yang Remaja Perlu Elakkan dan Ibu Bapa perlu Lakukan.
Terdapat satu dilema yang besar bagi ibu bapa apabila anak mereka menganjak ke alam dewasa iaitu samada mahu memberi ruang/teritori privasi kepada nak remaja mereka ataupun tidak. Penulis baru-baru ini berkesempatan berbual dengan kakak kawan penulis dan beliau bersungguh-sungguh meminta padangan penulis tentang hal ini. Ini kerana katanya dia mahu memberi ruang peribadi kepada anak gadisnya iaitu sebuah bilik khas dimana bilik itu menjadi teritori khas kepada anak gadisnya namun baru-baru ini beliau terkejut dan tergaman apabila menjumpai satu alat permainan seks atau lebih dikenali sebagai ‘dildo’ di dalam bilik anak gadisnya itu ketika beliau cuba untuk membersihkan bilik tersebut.
Penemuan alat terlarang itu didalam bilik gadisnya yang berusia 16 tahun adalah sangat membimbangkan hatinya sebagai seorang ibu. Namun dia tidak membincangkan hal ini dengan suaminya kerana tidak mahu anak gadisnya itu medapat malu namun tanpa memberi apa-apa penjelasan (kepada suaminya dana nak gadisnya itu) beliau telah menanggalkan pintu bilik anak gadisnya itu.
Dengan tecabutnya pintu bilik ini, anak gadisnya itu tidak lagi mendapat ruang peribadinya yang tersendiri dan ini dilakukan bagi mengelak aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh anak gadisnya itu di dalam biliknya.
Beliau kemudiannya bertanyakan pendapat penulis tentag hal ini, samada betul atau salah tindakannya itu. dan ya! penulis juga buntu untuk memberi nasihat dan ini adalah kerana bagi penulis, remaja berhak mendapat ruang peribadinya yang tersendiri namun di dalam kes ini, anak gadis beliau telah melakukan satu kesilapan di mana kepercayaan ibunya telah terjejas.
Penulis akhirnya tidak memberi apa-apa pendapat dan hanya berkata dia mempunyai hak untuk membuat peraturan di dalam rumahnya selagi anak gadisnya itu tinggal bersama dan di bawah jagaannya. dan dia lakukan perkara tersebut adalah untuk kebaikan anaknya itu.
Di sini penulis ingin menasihati para remaja supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan ibu dan bapa anda hilang kepercayaan terhadap anda.
Bagi para remaja yang memperolehi ruang peribadi tersendiri, sila jangan simpan barang-barang tersebut di dalam bilik anda. Kerana kemungkinan anda akan ‘kantoi’ dan seterusnya pintu bilik anda dicabut oleh ibu dan bapa anda. Barang-barang tersebut adalah :
1) DVD,VCD, Majalah, Buku, Novel yang berunsur lucah.
2) Alatan seks vibrator,dildo,kondom dan entah apa-apa lagi seperti kes diatas,termasuk buah-buahan/sayur yang tidak relevan berada di dalam bilik seperti timun atau terung. Buah ini tempatnya di dapur, sekiranya ianya di dalam bilik tidur boleh menimbulkan prasangka yang negatif.Kalau barangan ini dijumpai. Ucap selamat tinggal kepada kepercayaan ibu bapa anda.
3) Rokok atau apa-apa sahaja bahan dadah larangan dan peralatan menghisapnya. ( Jangan cuba-cuba hisap dadah!)
4) Jangan berani-berani, seludup teman lelaki/perempuan ke dalam bilik anda pada waktu malam. Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di bandar malahan juga di Felda.
5) Sekiranya ingin mengeksplorasi tubuh dan melakukan aktiviti terlarang seperti masturbasi,onani (hampir majotriti remaja lakukan perkara ini!) sila pastikan bilik anda dikunci supaya ibu atau bapa,adik beradik anda tidak melihat aktiviti ‘taboo’ anda. sekiranya anda terkantoi pelbagai persepsi negatif akan timbul terhadap anda.
6) Walaupun ianya bukannya di dalam konteks bilik, tapi ianya adalah juga ruangan peribadi, iaitu PC,Laptop, Kamera Digital, Telefon Bimbit. Sila pastikan tiada gambar-gambar nakal anda di dalam telefon bimbit dan kamera serta jangan menyimpannya di dalam pendrive,hard disk PC atau laptop. Paling mudah, jangan tangkap! gambar-gambar nakal tersebut kerana sekiranya gambar ini terkantoi di tangan ibu bapa anda, kepercayaan mereka terhadap anda akan terjejas.
Begitu juga halnya dengan PC dan Laptop yang diletakkan di dalam bilik, sila padamkan ‘history’ aktiviti surfing anda sekiranya anda melawati laman-laman web lucah. Ini asas penggunaan PC di dalam bilik agar ibu dan bapa anda tidak terkejut melihat anak teruna dan anak gadisnya melawat laman-laman web porno.
Kesemua di atas adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu dan bapa anda terhadap anda dan sekiranya anda terkantoi dengan perkara-perkara di atas ini, bukan sahaja ruang peribadi anda ditarik balik malahan anda akan mendapat pelbagai implikasi dan memperolehi tanggapan buruk.
SEMUA PERKARA DI ATAS ADALAH NEGATIF DAN SEBAIK-BAIKNYA PARA REMAJA HARUS ELAKKAN.
Kepada ibu bapa pula, sekiranya anda memberi ruang sebegini kepada anak-anak anda pastikan anda tahu sejauh mana aktiviti anak anda. Periksa biliknya selalu. pastikan anda mempunyai kunci bagi setiap laci dan almari di dalam bilik tersebut.
Pastikan anda mengambil tahu aktiviti di dalam bilik anak anda. Sebaik-baiknya kongsikan bilik anak-anak anda mengikut jantina mereka.
Sekiranya ada item-item dan perkara-perkara seperti di atas (kecuali yang no 3 dan no 4 dimana tindakan tegas perlu diambil) cuba bawa berbincang dan berbicara secara berhemah dengan mereka. Ingat naka remaja anda di dalam lingkungan umur yang sentiasa mahu berkesperimentasi dan mencuba.
NAMUN SEBAIK-BAIKNYA BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA ANAK ANDA DAN RUANG KHAS PADA DIRI MEREKA.






