Beda..beza..’chemistry’..?
Carilah keserasian walau berbeza…
“ungkapan men from mars, woman from venus terbukti benar. lelaki dan wanita diciptakan memiliki pemikiran, sikap dan sifat saling bertolak berlawanan, seperti berasal dari dua planet berbeza” petikan Majalah NONA Edisi April 2011
Terpanggil seketika selepas membaca artikel ini kerana begitu mendambakan kebenaran dan kesahihah penyataan yang dikeluarkan untuk saya adaptasikan dalam pengalaman saya sendiri. Mari saya bawa pembaca kepada pendapat dari ahli Psikologi Dr.Amy Johnson yang membolehkan kita memahami sifat-sifat lelaki dengan komunikasi lebih efektif.
Wanita memberi isyarat, Lelaki terus meminta – lelaki biasanya mengutarakan maksudnya secara langsung sementara wanita lebih suka memberi isyarat. Hakikat wanita serign berharap pasangannya dapat membaca fikiran mereka dan tahu apa yang mereka mahukan.
komenku: keterbiasaan dan keterbukaan jarang dimiliki pada sifat perempuan. lantaran adanya rasa malu dan penuh ‘femina’ sering menyebabkan isihati terbuku dan membuku. kesudahannya andai pasangan kita jenis yang romantik atau jiwang karat kata orang zaman sekarang maka jalan penyelesaian telah terbuka…sebaliknya jika pasangan kita dungu, blur, sengal maka kesudahannya kita akan terus menjeruk rasa. Penyelesaian…berterus-terang tetapi dalam cara yang penuh kelembutan.
Wanita memerhatikan secara detail, tapi lelaki tidak – wanita punya ingatan luar biasa pada hal-hal kecil sementara lelaki lebih memikirkan hal-hal yang sifatnya penting dan besar.
komenku: komunikasi kedua pihak penting untuk saling ingat-mengingati. tidak semua benda mampu difikirkan apatah lagi soal yang berkaitan dengan cinta. hakikat manusia punya kelemahan maka kelemahan itu perlu dikambus bersama-sama bagi menghindarkan anasir buruk memasukinya.
Lelaki fokus satu hal, wanita pelbagai hal - fikiran lelaki lebih mudah terbahagi dan hanya fokus kepada satu hal sementara wanita mampu memandang segala sesuatu dalam ‘gambar besar’ yakni menggabungkan pelbagai aspek kehidupan mereka dalam satu fikiran.
komenku: kejadian wanita itu memang unik…mempelbagaikan kerja dan tugasan…melahirkan, menjaga, membesarkan dan melindungi…bersama-sama dengan pasangan. tumpuan yang digabungkan ada ketika memberi tekanan namun itu bukan satu beban kerana rasa ikhlas menangguk tanggungjawab. lelaki yang sesifatnya demikian mungkin menggalas tanggungjawab besar biarpun hanya satu.
Wanita banyak bercakap, lelaki lebih banyak diam – Emosi wanita lebih mudah meledak tetapi cepat meredakan kemarahan berbanding lelaki yang lebih berdiam diri dalam menangani emosi.
komenku: bab ini paling menarik minat saya. sering menjadi perkara hangat yang diperkatakan dimana wanita yang sedang beremosi harus dibiarkan redha, tenang dan kembali normal. kemudian barulah pasangan mengambil jalan penyelesaian yakni berbincang masalah tersebut. Malangnya lelaki jarang ingin mengembalikan ledakan punca setelah melihat wanita itu tenang. maka perkara yang menjadi punca itu terus hilang tanpa ada penyelesaian. pada saya..biar ledakan itu masih bersisa…lelaki harus menjadi penghujah atau penyudah dalam berbincang permasalahan tersebut supaya ianya tidak berulang kembali. Harus di ingat wanita mudah mengingati setiap peristiwa yang berlaku.
Lelaki juga emosional, wanita berfikir sebaliknya – Anggapan wanita semua lelaki tidak punya sisi emosional. Hakikatnya kebanyakan lelaki sebenarnya sangat sensitif dan punya perasaan mendalam. Namun mereka tidak selalu menunjukkannya.
komenku: sering jadi andaian lelaki diibaratkan kental, dan wanita diibaratkan lemah…hakikatnya semua insan memiliki kedua sifat. hanya cara yang berbeza-beza. kedua pasangan harus tahu dimana tempat yang sesuai untuk menggunapakai kental dan lemah…pro and con…positif dan negatif….seimbangkan…InsyaAllah bahagia.
“you come to love by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly”







